Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Super Saiyan 4 baru diperkenalkan! Versi Xeno Goku & Xeno Vegeta!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 17, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Super Saiyan 4 baru diperkenalkan! Versi Xeno Goku & Xeno Vegeta!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Dragon Ball pasti kenal semua bentuk Super Saiyan dalam francais, termasuk Super Saiyan 4. Walaupun majoriti tidak beberapa suka bentuk ini berbanding kuasa lain, tetapi saya rasa kebanyakkan akan setuju jika saya kata Super Saiyan 4 adalah salah satu bahagian terbaik dalam Dragon Ball GT. Berkat sebuah imej di Twitter, peminat bakal melihat bentuk Super Saiyan 4 di dalam siri anime spin-off.

Semalam, Super Dragon Ball Heroes telah mengeluarkan poster baru, yang menunjukkan kandungan akan datang untuk story arc Big Bang Mission 3. Jalan ceritanya telah beralih ke fasa baru selepas kemunculan Janemba, tetapi itu bukanlah kejutan terbesar. Yang saya paling terkejut ialah melihat Xeno Goku dan Xeno Vegeta menunjukkan bentuk Super Saiyan 4 baru mereka.

Seperti yang anda lihat di atas, poster menunjukkan Xeno Goku dan Xeno Vegeta di depan sekali. Di sebelah kiri ialah SSB Goku manakala SSB Vegeta berdiri di sebelah kanan. Xeno Goku dan Xeno Vegeta mengaktifkan Super Saiyan 4, tetapi transformasinya kelihatan sedikit berbeza. Kedua-dua Super Saiyan 4 kini mempunyai rambut merah dan ini bukan kerana efek imej. Rambut mereka berwarna merah seolah-olah SS4 Gogeta dan mempunyai aura tenaga merah dan ungu yang mengelilingi badan. Selepas melihat imej, peminat melabelkan bentuk baru tersebut sebagai Limit Breaker Super Saiyan 4.

I actually like these Limit Breaker forms pic.twitter.com/JFiLzVqM6t

— Cdub (@Cdub510Connor) July 16, 2020

Setakat ini, ramai yang menyukai bentuk Limit Breaker Super Saiyan 4 di Twitter, dan gembira melihat Super Saiyan 4 menerima perhatian. Ultra Instinct telah menjadi tumpuan francais untuk masa yang lama dan kini tiba masanya untuk transformasi lain mendapat layanan anime. Lagi-lagi Super Saiyan 4 yang dah lama tak nampak. Apa pendapat anda tentang penampilan Limit Breaker Super Saiyan 4? Yay or nay?

Tags: Dragon BallSuper Dragon Ball HeroesSuper SaiyanSuper Saiyan 4
Previous Post

Danganronpa 2: Goodbye Despair Anniversary Edition Mobile didedahkan secara rasmi!

Next Post

Ulasan Marvel’s Iron Man VR: Konsep menarik tapi takde lah sampai “I Love You 3000”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Ulasan Marvel’s Iron Man VR: Konsep menarik tapi takde lah sampai “I Love You 3000”

Ulasan Marvel's Iron Man VR: Konsep menarik tapi takde lah sampai "I Love You 3000"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd