Berikutan dengan acara Nintendo Direct, Nintendo bersama Squaresoft telah mengumumkan game remake kepada Super Mario RPG yang akan dilancarkan pada 17 November 2023 di Nintendo Switch.
Di dalam video yang mereka tunjukkan, mereka telah menampilkan beberapa klip gameplay termasuk pengembaraan, kombat dan banyak lagi. Walaupun ia masih menampilkan gameplay kombat yang sama iaitu turn-based, game ini masih mempunyai pelbagai mini game baharu.
Game ini akan menampilkan 5 watak utama yang boleh dimainkan seperti Mario, Princess Peach, Bowser, Mallow dan Geno. Namun, anda hanya boleh membawa 3 watak sahaja semasa bertarung.
Memandangkan game ini adalah remake asal yang dilancarkan 1996 di SNES (Super Nintendo Entertainment System), sudah pasti grafik game ini akan diubah secara keseluruhan di mana mereka menggunakan grafik 3D.
Kalau anda nak tahu, game asal ini memfokuskan tentang Mario dan rakan-rakannya ketika mereka berusaha untuk mengalahkan Smithy, yang telah terhempas ke dalam dunia mereka dan mencuri tujuh keping bintang Star Road. Anda boleh tonton trailer Super Mario RPG yang ditayangkan semasa Nintendo Direct, di bawah:
Saya ingin mengingatkan anda bahawa game remake Super Mario RPG akan dilancarkan pada 17 November 2023 di Nintendo Switch. Anda boleh pra-tempah game ini bermula hari ini di Nintendo eShop.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post