Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Quest Monsters: The Dark Prince akan keluar pada 1 Disember, seru raksasa ke pihak anda!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 21, 2023
in Artikel, Berita, JRPG, Nintendo Switch
0 0
0
Dragon Quest Monsters: The Dark Prince akan keluar pada 1 Disember, seru raksasa ke pihak anda!

Dragon Quest Monsters 3

Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan melalui acara siaran langsung Nintendo Direct, Square Enix telah mengumumkan secara rasmi Dragon Quest Monsters: The Dark Prince untuk platform Nintendo Switch. Dikenali sebagai Dragon Quest Monsters 3 di Jepun, game ini akan dilancarkan pada 1 Disember di seluruh dunia.

Berikut adalah trailer pengumuman:

Secara umum, gameplay-nya boleh disamakan dengan Pokemon. Dalam Dragon Quest Monsters: The Dark Prince, pemain diberi kuasa untuk memerintah dan merekrut pelbagai jenis raksasa untuk menyertai mereka dalam pengembaraan baharu yang epik.

Kredit: Square Enix

Mengikut jalan cerita, kita akan bermain sebagai Psaro, putera syaitan, yang disumpah supaya tidak pernah mencederakan mana-mana raksasa. Oleh itu, dia mesti menjadi Monster Wrangler, yang harus merekrut dan bertarung bersama raksasa di pelbagai persekitaran dunia bernama Nadiria. Dalam perjalanan, Psaro akan bertemu dengan elf yang baik hati bernama Rose, yang menyertai pengembaraannya untuk mencari raksasa yang lebih kuat.

Sepanjang pengembaraan ini, musim akan sentiasa berubah melalui Musim Bunga, Musim Panas, Musim Sejuk dan Musim Luruh, yang bukan sahaja mengubah landskap, tetapi juga membuka kawasan baharu di mana pemain akan menghadapi raksasa berbeza khusus untuk musim itu.

Kredit: Square Enix

Salah satu alat paling berkuasa yang dapat digunakan oleh pemain ialah sistem sintesis yang membolehkan pemain mencipta raksasa serba baharu dengan menggabungkan raksasa yang sudah ada dalam roster mereka. Pemain boleh bereksperimen dan akhirnya membuka lebih daripada 500 raksasa unik, termasuk kegemaran francais, syaitan kuat dan makhluk baharu sepenuhnya.

Sebaik sahaja pemain telah mengumpulkan raksasa impian mereka, mereka boleh membawa pasukan buatan sendiri secara dalam talian, untuk bertarung Monster Wrangler lain di seluruh dunia.

Kredit: Square Enix

Baca segala berita kami tentang francais Dragon Quest di SINI.

Tags: Dragon QuestDragon Quest Monsters: The Dark PrinceNintendo Switch
ShareTweetSend
Previous Post

Super Mario RPG Remake diumumkan, Bakal dilancarkan pada 17 November 2023 di Nintendo Switch

Next Post

STAR OCEAN THE SECOND STORY R Diumumkan! Bakal Hadir ke Nintendo Switch pada 2 November 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
STAR OCEAN THE SECOND STORY R Diumumkan! Bakal Hadir ke Nintendo Switch pada 2 November 2023!

STAR OCEAN THE SECOND STORY R Diumumkan! Bakal Hadir ke Nintendo Switch pada 2 November 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd