Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Super Dragon Ball Heroes World Mission Review – Amat sesuai bagi peminat kasual dan peminat siri animasi tersebut!

Go-ku (GawKew)

Agent 13k by Agent 13k
April 12, 2019 - Updated on June 27, 2020
in Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch, PC, Review, Steam
0 0
0
Apa yang 3D Camera dalam HONOR View 20 lakukan hingga menjadi bermakna bagi gamers?
Share on FacebookShare on Twitter

Super Dragon Ball Heroes World Mission adalah satu game Dragon Ball yang peminat dah lama tunggu dan agak lama juga peminat game Dragon Ball itu keluar. Idea untuk game Super Dragon Ball World Mission adalah game yang boleh kumpul kad dan ada jalan cerita yang karekter hero Super Dragon Ball World Mission menentang kuasa besar yang jahat. Semua karekter dalam Super Dragon Ball Heroes World Mission ini adalah semua yang pernah muncul dalam siri tersebut.

Pengenalan dan Karekter

Tarikkan yang besar dalam Super Dragon Ball World Mission ini adalah jalan cerita yang bukan selari dengan siri Dragon Ball, ianya sangat lain. Ada banyak senario yang lain dari siri itu seperti apa jadi semua Saiyan Saga itu menjadi Super? Ataupun apa jadi Goku menjadi orang biasa? Bagi peminat, ini adalah alasan yang kuat untuk main game ini kerana semua idea yang merepek dan senario “apa jadi” di dalam dunia Super Dragon Ball Heroes World Mission dan dalam game ini memang menunjukkan jalan cerita yang amat menarik.

Juga, pelbagai karekter yang pemain kenal dan pastinya akan menarik kerana hampir semua karekter dalam Dragon Ball ada kelebihan ataupun bentuk yang lain contoh Goku yang mempunyai banyak bentuk dan banyak transformasi untuk karekter dalam game ini dan hampir kesemuannya boleh bertukar sehingga ke Super Saiyan 3, jika anda ingin melihat Tao Pai Pai kalahkan Ultra Instinct Goku, ini adalah game untuk anda.

Sistem Permainan

Cara permainan Super Dragon Ball World Mission sememangnya senang, tetapi pada mulanya memang agak kekok sedikit jika pemain tidak biasa dengan cara pemain “turn-based RPG” Walaupun begitu memang nampak sukar, tetapi dengan sedikit waktu, pemain boleh fahami cara permainan tersebut. Jadi, bagaimana nak main? Sebenarnya, anda dan lawan anda ada tujuh ruang karekter pilihan anda, Anda perlu mengambil giliran dan pilih karekter anda untuk lawan musuh, tetapi dalam lawan itu, anda ada QTE yang perlu kena buat untuk kalahkan musuh tersebut, stamina juga memain peranan yang penting kerana jika stamina itu berkurangan ataupun habis, musuh boleh menyerang pemain. Kemudiannya ada ruang serang dan ruang pembantu, ruang serang adalah pemain yang pilih karekter yang akan serang musuh, dan ruang pembantu adalah karekter yang rehat dan akan meningkatkan stamina mereka semula.

Tetapi game ini agak kekok sedikit dari segi tutorial di bahagian permulaan, pemain perlu memahami lebih lanjut kerana pemain perlu memahami cara permainan satu persatu ianya agak menjengkelkan pada permulaannya tetapi selepas mencuba beberapa pusingan dalam perlawanan tersebut, anda sudah pastinya lebih faham tentang cara permainan ini tetapi anda perlu mempunyai sedikit kesabaran kerana anda mungkin ada sedikit masalah apabila mahu main, tetapi selepas sedikit pembelajaran dan waktu, anda boleh main dengan tenang.

Kompleksiti dalam game Super Dragon Ball World Mission ini datang dari kemahiran karekter itu sendiri, ada beratus jenis kad yang mempunyai kelebihan dan kemahiran sendiri, ada kad yang boleh naikkan kemahiran karekter itu yang memberikan peluang untuk buat gabungan karekter lain, meningkatkan kuasa dengan rakan dalam kad, ataupun pemain boleh buat kombo, tetapi ada banyak lagi sebenarnya cuma kena tengok lebih lanjut apa kad itu boleh buat. Sistem permainan sebenarnya kalau dapat faham, ianya memang bagus lebih-lebih lagi dapat kad yang bagus, bina dek yang baik untuk lawan musuh adalah satu benda yang memuaskan kerana ianya memberi perlawanan yang sengit tetapi amat berbaloi. Tetapi berlawan dengan taktik yang sama dengan bot adalah satu perkara yang biasa, jika mahu lagi mencabar, pemain boleh lawan permainan online untuk menentang pemain lain.

Mencari Konklusi

Super Dragon Ball Heroes World Mission sebenarnya adalah satu game yang baik dan menyeronokkan kerana permainan merujakan dan jalan cerita yang sangat baik tetapi sistem permainan tetapi sistem permainan yang pemain pasti susah nak belajar pada waktu permulaan permainan adalah satu penyeksaan yang agak sakit dengan UI yang kekok, grafik yang boleh katakan baik sahaja dan amat sesuai bagi peminat Dragon Ball dan mahu mencuba dunia baru Dragon Ball yang unik. Pemain boleh dapatkan Game Super Dragon Ball Heroes World Mission ini di platform Nintendo Switch dan Steam di PC.

The Review

Super Dragon Ball Heroes World Mission

7 Score

Bukan game Dragon Ball yang biasa kita lihat, ianya unik dan ada jalan cerita yang bagus tetapi cara permainan yang agak sukar untuk faham.

PROS

  • Jalan cerita yang sangat unik
  • Banyak karekter dari siri Dragon Ball ada dalam game ini
  • memberikan cabaran yang bagus bagi pemain

CONS

  • Gameplay yang agak sukar untuk belajar pada mulanya
  • susunan dek yang agak serabut dan QTE menjadi elemen penting
  • Grafik yang agak sederhana

Review Breakdown

  • Seronok dimain kalau faham cara permainan 0
Tags: Dragon Ballnintendo switchPCsteamSuper Dragon BallSuper Dragon Ball Heroes World MissionulasanWorld Mission
Previous Post

Battlefield 5 Firestorm battle royale boleh main Duo tetapi sehingga Isnin ni sahaja!

Next Post

Apa yang terbaru ada didalam Update Fortnite Patch Notes 8.30 ?

Agent 13k

Agent 13k

Peminat Ska-Punk, Bapa kepada 5 ekor kucing dan Aku baca encyclopaedia untuk seksa orang.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Apa yang terbaru ada didalam Update Fortnite Patch Notes 8.30 ?

Apa yang terbaru ada didalam Update Fortnite Patch Notes 8.30 ?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd