Battlefield 5 Firestorm battle royale mode hanya menyokong solo atau four-player squad buat masa ini, tetapi hujung minggu ini- bermula sekarang sebenarnya- pemain boleh cuba nasib dengan two-player squad di mode Duo! Duo play akan berlangsung sehingga 10AM UTC (3AM PT/ 6AM ET) pada 15 April, sehingga tarikh yang Electronic Arts memutuskan untuk berhenti dan menunggu maklum balas pemain.
“Ini ialah kali pertama kami mengeluarkan Duo untuk kalian sejak pembikinan mode ini semasa development Firestorm. Kami amat menyukainya, dan berfikir ini ialah satu tambahan yang hebat di di dalam game. Yang lebih penting, kami sedar bahawa lebih baik untuk dengar pendapat anda semua. Kami menghargai sokongan anda untuk membuat mode ini satu penambahan yang hebat di Firestorm, dan Battlefield 5. Adakah mode ini mengubah rentak permainan ini? Adakah ia menyebabkan pendaratan yang lebih sengit? Adakah anda menikmatinya sebanyak mana anda menikmati Solo dan Squad? Adakah anda lazimnya bermain dengan pemain rambang, atau satu squad bersama kawan dan bagaimanakah jenis matchmatching ini mengubah pengalaman anda?
komuniti EA PartWelsh menulis di forum Battlefield.
Pemain digalakkan untuk berkongsi pendapat tentang Duo Play di thread, dan walapun tidak banyak reply tetapi maklum balas secara umum adalah sangat positif. Aduan nombor satu pada mode ini hanyalah tempoh waktunya yang singkat untuk mencuba. Walaupun saya tidak tahu bila, saya sangat pasti Duo Play bakal muncul tidak lama lagi!
Sumber – PCGAMER
@gamersantaimy
Discussion about this post