Mesti korang pernah nampak game mobile yang seakan-akan sama dengan game yang pernah dikeluarkan tidak kira sama ada dari gameplay, watak atau melalui poster promosi. Nampaknya kes ini berlaku sekali lagi di mana sebuah studio dari China tidak teragak-agak untuk memplagiat game Call of Duty Mobile dan nama game tersebut sudah terang-terang 使命叫唤 (Call of Duty).
Game ini telah dilancarkan hanya di iOS sahaja pada tahun ini. Namun, saya tidak pasti tarikh sebenarnya tetapi mengikut review yang diberikan oleh pemain, mereka telah mula bermain sejak bulan Julai yang lalu dan ada pemain yang meninggalkan review dengan mengatakan “Hack paling teruk Call of Duty pernah ada”.
Kebanyakan review lain, mereka memfokuskan kepada kandungan dalam game bukan plagiat antara Call of Duty original.
Game survival shooting, mari berseronok dan mengutip sampah bersama-sama!
Survival shooter yang realistik di mana anda akan bermain sebagai tentera upahan untuk menyelesaikan misi untuk mendapatkan hadiah dan menggunakan hadiah untuk menaik taraf peralatan anda untuk mencabar musuh yang lebih kuat.
Ya, itu adalah penerangan yang diberikan oleh developer game iaitu Chengdu KrApes Entertainment Technology Co., Ltd. melalui App Store. Saya tidak pasti sama ada gameplay-nya juga sama atau berlainan secara keseluruhan. Saya harap mereka dapat menukar nama game tersebut jika nak kekalkannya di App Store sebelum pihak Call of Duty mengambil tindakan.
Apa pendapat korang tentang syarikat China yang memplagiat Call of Duty? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post