Anda pasti pernah melihat game mobile yang nampak seakan-akan sama dengan sebuah game popular lain, tidak kira sama ada dari gameplay, watak atau melalui poster promosi. Nampaknya kes ini berlaku sekali lagi di mana sebuah studio dari China tidak teragak-agak untuk memplagiat God of War, Horizon Zero Dawn dan Far Cry demi mempromosikan game mobile mereka, Chief Almighty.
Saya harap korang masih ingat iklan lagi “Lvl 1 Crook, Lvl 35 Boss” kerana game itu dibuat oleh studio sama yang saya sebutkan tadi. Bernama Yotta Games, studio ini juga bertanggungjawab untuk game Mafia City dan buat sesiapa yang pernah melihat iklannya, korang pasti tahu kehebatan “marketing skill” mereka. Cuma kali ini, kempen iklan Yotta tidak lagi tertumpu kepada video dan sebaliknya, telah memparodikan pelbagai game yang diiktiraf dari seluruh dunia.
Kisahnya bermula begini. Seorang gamer bertanya kepada Pengarah kreatif Sony Santa Monica iaitu Cory Barlog jika God of War berbaloi untuk dimainkan alang-alang ia sedang dipromosikan. Barlog nampak tweet itu dan balas “Takdelah. Ini lebih baik,” sambil memuat naik poster Chief Almighty yang terang menyala tiru visual God of War (2018).
Ketua komuniti Guerilla Games, Bo Marit muncul dan membalas tweet itu, sambil berkata, “Oh tidak, Cory, mereka dapat awak juga,” di mana Marit berkongsi satu lagi poster Chief Almighty yang kali ini meniru visual Horizon Zero Dawn.
Iklan parodi God of War dan Horizon Zero Dawn ini kemudian dikesan oleh penganalisis industri Daniel Ahmad yang mendedahkan bahawa studio China tersebut sebenarnya telah memplagiat lebih banyak game termasuk Far Cry 3 dan Far Cry Primal. Dia juga mendedahkan identiti developer iaitu Yotta Games yang “pernah mengeluarkan beberapa iklan viral untuk Mafia City pada suatu ketika dahulu.” Beberapa minit selepas itu, Ahmad memuat naik senarai gambar yang membandingkan poster Chief Almighty dan sumber asal.
Walaupun Yotta Games bukanlah satu-satunya syarikat yang memplagiat game popular, kita tidak boleh menafikan mereka memang berani untuk buat promosi sebegitu.
Apa pendapat korang? Teringin tak nak main Chief Almighty? Pengarah God of War pun recommend kaw-kaw. Jom kongsikan pendapat di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang industri gaming, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post