Anda peminat Street Fighter? Kami ada berita baik buat anda! Game Street Fighter: Duel yang dilesenkan secara rasmi oleh CAPCOM dan diterbitkan oleh A PLUS JAPAN INC akhirnya dilancarkan! Game itu kini sudah boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play. Aplikasi tersebut menyokong bahasa Inggeris, Simplified Chinese dan Traditional Chinese. Jadi tiada masalah untuk anda mainkannya.

Ini segala perkara yang anda perlu tahu mengenai game mobile ini.
Watak dan babak ikonik
Game ini membawa kembali fighter dunia popular dan menyampaikan pengalaman yang penuh aksi. Bersama-sama Chun-Li, Ryu dan Ken, mencabar Suzaku Castle, tempuhi jalan ke Shadaloo City dan mencari organisasi misteri yang menjadi dalang di sebalik perkara-perkara yang berlaku. Kumpulkan fighter anda dan alami cerita nostalgia Street Fighter!
Gameplay strategik, combo one-tap
Dalam Street Fighter: Duel, terdapat enam faction iaitu Wind, Thunder, Flame, Infernal, Master dan Legendary. Untuk mengalahkan musuh berbeza, pilih pelbagai kombinasi faction tersebut. Ubah fighter dan gunakan strategi untuk menghasilkan struktur combo yang unik sepenuhnya. Apabila “Super Combo Gauge” sudah penuh, pemain boleh melepaskan gerakan ultimate dan combo dengan satu tap sahaja.
Jom kita lihat trailer baharu sempena pelancaran game hari ini.
Koleksi unik dan sistem latihan
Pembangun mencipta koleksi watak original dan sistem pembangunan, membawakan satu pengalaman RPG baharu. Pemain boleh tingkatkan fighter mereka melalui “training” dan “Awaken”. Kalahkan bos masa terhad, cabar pemain daripada seluruh dunia melalui “Arena” dan sertai PVP “Final Showdown” untuk alami kejohanan yang sengit!

Pada 27 Mac, pra-daftar untuk Street Fighter: Duel di Asia Tenggara telah pun mencecah 2 juta pemain.
Pemain yang telah sertai kempen pra-daftar tersebut akan menerima Avatar Frame terhad, Fighter Mystery Pack, Arcade Coins dan banyak lagi ganjaran lagi.
Kemuncak game fighting meneruskan perjalanannya pada mobile! Muat turun Street Fighter: Duel sekarang, untuk sertai perjuangan bersama berjuta-juta pemain dan mulakan perjalanan anda menuju ke puncak!
©CAPCOM
This game is an officially licensed product of Capcom Co., Ltd. ©CAPCOM
Boleh ikuti komuniti game melalui saluran di bawah:
Tentang A PLUS JAPAN INC.
A PLUS JAPAN INC. merupakan penerbit game mobile dengan ibu pejabatnya di Tokyo dan pejabat di Shanghai.
Misi syarikat adalah untuk membawa keseronokan dan kejutan kepada dunia dengan menggabungkan tajuk IP yang berpengaruh secara global dengan keupayaan pembangunan game mobile untuk menyampaikan kandungan yang menarik kepada dunia.
Dengan kehadiran kukuhnya dalam menerbitkan game berkualiti tinggi dan inovatif, A PLUS JAPAN menjangka untuk berkembang melangkaui kawasan penerbitannya dengan lebih banyak tajuk akan datang dan pejabat cawangan baharu di Singapura.
Tentang CAPCOM
Capcom ialah pembangun, penerbit dan pengedar hiburan interaktif terkemuka di seluruh dunia untuk konsol game, PC, handheld dan peranti tanpa wayar. Ditubuhkan pada 1983, syarikat itu telah mencipta ratusan game, termasuk francais Resident Evil, Monster Hunter, Street Fighter, Mega Man, Devil May Cry dan Ace Attorney. Capcom mengekalkan operasi di A.S., U.K., Jerman, Perancis, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Tokyo, dengan ibu pejabat korporat terletak di Osaka, Jepun. Maklumat lanjut tentang Capcom dan produknya boleh didapati di www.capcom.com atau news.capcomusa.com.
Panduan undang-undang
Capcom dan logo Capcom ialah tanda dagangan berdaftar Capcom Co., Ltd. di A.S. atau negara lain. Ace Attorney, Devil May Cry, Mega Man, Monster Hunter, Resident Evil dan Street Fighter ialah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar Capcom Co., Ltd. dan/atau anak syarikatnya, di A.S. dan/atau negara lain. Semua tanda dagangan dan nama dagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.
@gamersantaimy
Discussion about this post