Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Street Fighter: Duel Bakal Lancar Februari Ini! Pra-daftar Sudah Dibuka!

Maira by Maira
February 1, 2023
in Android, Artikel, Berita, Game, Game Baru, iOS, Mobile
0 0
0
Street Fighter: Duel Bakal Lancar Februari Ini! Pra-daftar Sudah Dibuka!
Share on FacebookShare on Twitter

Crunchyroll Games akan melancarkan game fighting Street Fighter: Duel, game mobile RPG pertama francais untuk iOS dan Android. Mesti peminat game Street Fighter teruja untuk bermainnya. Malang sekali, pra-daftar untuk game ini hanya terbuka di AS, Kanada, Australia, New Zealand dan beberapa negara Eropah lain termasuklah UK.

Setiap pemain yang pra-daftar akan mendapat mata wang percuma dalam game apabila Street Fighter: Duel lancar pada Februari ini. Jadi peminat semua boleh bersedia untuk bertempur dengan Ryu dan Chun-Li dengan pra-daftar sekarang di Google Play dan App Store.

Street Fighter Duel

“Street Fighter telah menjadi game ikonik sejak turun-temurun, dan kami tahu peminat anime suka kepada pengembaraan yang menarik bersama watak yang disayangi,” kata Terry Li, Pengurus Besar Crunchyroll Games dan Naib Presiden Kanan Perniagaan Baru Muncul, Crunchyroll. “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Capcom untuk membawa Street Fighter: Duel dan senarai fighter ikoniknya yang luar biasa kepada peminat anime dan game.”

Street Fighter Duel

Adakah anda bersedia untuk bertanding dalam dunia Street Fighter? Bersedia untuk mengembara ke seluruh dunia untuk merekrut dan tingkatkan level watak ikonik daripada seluruh siri Street Fighter. Dengan pasukan champion, pemain akan melancarkan brawl 2D yang dianimasikan dengan baik di pentas yang serba baharu dan ikonik dari masa lalu Street Fighter untuk menumpaskan Seth dan tentera klon mech Shadaloo dalam mode cerita yang luas.

Street Fighter Duel

Berikut adalah ciri-ciri menarik yang tersedia dalam Street Fighter: Duel kepada pemain baharu ataupun lama:

  • Kumpul lebih daripada 40 watak kegemaran termasuklah Ryu, Akuma, Chun-Li, Cammy dan ramai lagi
  • Bina pasukan dengan tiga fighter daripada francais Street Fighter dan tingkat level mereka untuk hasilkan kombo gempak dan kebolehan tersendiri mereka
  • Susun strategi dengan pertempuran RPG masa nyata atau hidupkan pertempuran automatik untuk teruskan perjalanan anda untuk bertemu dengan Shadaloo
  • Tanpa aksi head-to-head, bukan Street Fighter namanya. Masuk ke dalam talian dan gunakan pasukan champion anda untuk berlawan dengan pemain lain.
  • Buka skin eksklusif Street Fighter: Duel untuk melihat rupa baharu watak Street Fighter dengan semua skin baru yang sentiasa keluar.
Street Fighter Duel

Harap-harap pemain di Malaysia juga boleh mendapat peluang untuk bermainnya nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Street Fighter daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Street FighterStreet Fighter: Duel
Previous Post

Valiant Hearts: Coming Home Review — Game Terbaru Netflix Membawa Kita Mengingati Peristiwa WWI

Next Post

Senarai Filem Mantap Bakal Tiba di GSC Pada Bulan Februari 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Senarai Filem Mantap Bakal Tiba di GSC Pada Bulan Februari 2023!

Senarai Filem Mantap Bakal Tiba di GSC Pada Bulan Februari 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd