Street Fighter merupakan game popular dalam genre fighting sejak dari pengeluaran yang pertama pada tahun 1987. Kalau sebut sahaja nama Street Fighter, ramai sebenarnya yang mencuba untuk menghafal dan lakukan skill hebat dalam game. Tetapi dengan classic control yang susah, ramai yang gagal membuat skill tersebut kerana cara mengawalnya yang agak rumit.
Baru-baru ini, Capcom telah memperkenalkan banyak penambahan baharu seperti sistem Modern control, commentary dan banyak lagi. Pembaharuan itu nampaknya mudah untuk digunakan dan sangat beginner friendly kepada pemain baharu. Tanpa melengahkan masa lagi, jom saya memperkenalkan setiap satu ciri-ciri baharu mereka.
Mudah buat kombo dengan Modern Control
Sebelum ini, Classic control, kebiasaannya mereka menggunakan layout 6 butang iaitu low punch, medium punch, high punch, low kick, medium kick dan high kick yang membuatkan ramai pemain susah untuk membuat kombo dan skill hebat. Kini, Capcom menambah Modern control dalam Street Fighter 6 yang memudahkannya lagi dengan memberikan layout 4 butang iaitu Light, Medium, Heavy dan Special.
Ia membenarkan pemain membuat special move dengan menggunakan butang yang lebih sedikit seperti gabungan butang special move dan satu directional input. Ini adalah cara yang terbaik untuk pemain baharu yang merasakan classic control lebih susah untuk digunakan. Dengan adanya control seperti ini, pemain boleh membuat serangan yang hebat tanpa menekan banyak butang seperti classic control.
Pemain boleh menggunakan Hadoken sebanyak mana yang boleh tanpa gagal kerana Hadoken kini boleh dibuat dengan menekan satu butang Triangle sahaja. Apa yang lebih menarik adalah apabila pemain gabungkan directional input bersama butang Triangle yang membolehkan pemain membuat banyak jenis special attack seperti Shoryuken (Triangle + Forward), Tatsumaki (Triangle + Back) dan High Blade Kick (Triangle + Down).
Bukan setakat itu sahaja, pemain juga boleh menggunakan Autocombo dengan menekan butang R2 sambil menekan butang serangan yang lain dan menghasilkan kombo yang cantik. Pemain juga boleh membuat Super Arts dan kombo dengan senang apabila menggunakan modern control. Sudah pasti ia mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri.
Kelebihan
Ia memudahkan pemain untuk belajar semua skill yang ada pada setiap watak. Game fighting terbahagi kepada dua bahagian iaitu strategi dan tindakan. Dengan adanya ciri seperti ini, pemain dapat memberikan fokus yang lebih banyak kepada bahagian strategi kerana anda tidak perlu risau tentang skill atau kombo yang sudah pasti akan menjadi.
Modern control juga berfungsi dengan baik pada game controller kerana ia menggunakan layout 4 butang yang mudah ditekan. Ciri-ciri lain seperti Parry boleh diletakkan pada butang bahagian belakang.
Kekurangan
Apabila selalu digunakan, anda akan perasan yang modern control sebenarnya terhad dari segi pengawalan watak. Gerakan seperti Hadoken sepatutnya mempunyai lebih banyak versi mengikut serangan yang dilakukan sama ada light, medium ataupun heavy. Tetapi dengan menggunakan modern control, pemain tidak mempunyai versi yang lain dan hanya menggunakan satu versi sahaja.
Real time Commentary mengikut perlawanan esports
Ciri baharu seterunya adalah commentary, di mana pemain boleh mendengar ulasan seperti berada di acara esports. Commentary adalah ciri yang hebat untuk dikembangkan dalam siri dan genre seperti game ini. Jika nak dibandingkan dengan game WWE, ulasan yang diberikan oleh pengulas adalah sangat terperinci sehingga dia boleh berikan tips atau cara bermain dengan betul.
Commentary yang disediakan terbahagi kepada dua bahasa sahaja setakat ini iaitu bahasa Inggeris oleh Jeremy “Vicious” Lopez dan bahasa Jepun oleh Aru. Ulasan yang diberikan boleh menerangkan situasi yang sedang berlaku seperti serangan dilakukan oleh pemain, tindakan agresif dan watak yang sedang menerima banyak serang.
Bukan itu sahaja yang pengulas boleh lakukan, serangan pemain tidak kena pada musuh pun dia boleh kenal pasti apatah lagi serangan dan kombo yang hebat. Pengulas yang ditampilkan dalam game ini bukan biasa-biasa juga. Mereka sendiri pernah menjadi adalah pengulas rasmi dalam Capcom Pro Tour. Jadi, ulasan yang diberikan oleh mereka sangat menarik dan mudah difahami untuk pemain yang baharu.
Drive System
Selain itu, mereka juga memperkenalkan ciri baharu yang dipanggil Drive System di mana pemain dapat menggunakan macam-macam skill termasuk counter dan parry. Semua skill tersebut menggunakan bar di bawah HP yang dikenali sebagai Drive Gauge. Hampir semua skill yang dilakukan oleh pemain akan menggunakan Drive. Ciri ini penting untuk pemain membatalkan serangan musuh dan mengawal rentak perlawanan.
Defensif
Pemain boleh menggunakan parry atau dikenali sebagai Drive Parry untuk menghalang serangan musuh dan ianya berbeza dengan versi sebelum ini di Street Fighter 5. Hal ini kerana, mereka membenarkan pemain untuk menekan butang parry dengan lama dan akan mengurangkan Drive. Tetapi apabila ianya berjaya, Drive akan di isi semula.
Yang lebih menarik adalah Drive Reversal atau lebih dikenali sebagai Alpha Counter di Street Fighter 5. Dengan menggunakan skill ini, pemain boleh menghalang serangan musuh dan memulakan serangan balas kepadanya. Bukan sekadar itu sahaja, pemain juga dapat membuka ruang untuk membuat serangan dan mengambil alih perlawanan daripada musuh.
Ofensif
Drive Impact membolehkan pemain menerima satu serangan musuh semasa anda membuat serangan. Ia boleh digunakan pada bila-bila masa tetapi ia sangat berguna apabila musuh berada di sudut dan perlawanan tidak berpihak kepadanya. Jadi, pemain boleh meneruskan serangan dengan kombo yang hebat.
Seterusnya adalah Overdrive yang sebelum ini dikenali dengan EX move. Dengan adanya Overdrive, pemain boleh dapatkan versi serangan yang lebih kuat seperti menekan butang bawah, depan + Medium Punch + Heavy Punch untuk EX Hadoken.
Serangan terakhir adalah Drive Rush yang akan memberikan impak besar kepada pemain yang berpengalaman kerana kesannya sangat lancar dan cantik tetapi ianya memakan kos Drive Gauge dengan banyak. Dengan melalukan input dash selepas Parry atau menggunakan skill lain, pemain boleh menggunakan drive untuk membuatkan watak berlari ke hadapan.
Banyak sistem yang dipermudahkan dalam Street Fighter 6 apabila mereka memperkenalkan Modern control. Ini juga dapat menarik minat pemain baharu untuk mencuba bermain game ini. Kepada pemain yang baharu yang ingin berjinak-jinak dengan fighting game, anda boleh gunakan modern control untuk mencuba segala gerakan yang hebat manakala yang telah mempunyai pengalaman, anda boleh gunakan classic control seperti biasa.
Untuk bahagian real time commentary, Ianya seperti jurulatih yang sangat membantu kepada pemain baharu dengan memberikan tips untuk serangan seterusnya. Ia juga terasa seperti berada di perlawanan esports sedangkan bermain di hadapan TV. Kami juga menyediakan penerangan dalam bentuk video di bawah.
Maka tamatlah preview kami berkenaan modern control dan real time commentary dalam Street Fighter 6. Jika anda berminat untuk mendapat Street Fighter 6, ia akan dilancarkan pada tahun 2023 di PS4, PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Street Fighter, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post