Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Story arc baru Pokemon Journeys seiring dengan kisah permainan Sword & Shield!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 22, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Story arc baru Pokemon Journeys seiring dengan kisah permainan Sword & Shield!
Share on FacebookShare on Twitter

Pokemon Journeys telah meraih populariti yang tinggi sejak hari pertama, dan akhirnya sudah siap untuk menjelajah jalan cerita seterusnya. Hingga kini, anime ini telah mengikuti pengembaraan Ash Ketchum dan Pikachu setelah memenangi kejuaraan di Alola. Pasangan ini kemudian jumpa rakan baru bernama Goh dan mula bekerja di Pokemon Lab. Situasi aman ini nampaknya semua akan berubah tidak lama lagi.

Rough translations say that the Darkest Day plot starts from the episode to be broadcasted on October 23 and will last for a total of 4 weeks. #Anipoke pic.twitter.com/4IiFQgBxUS

— Anipoke Fandom (@AnipokeFandom) September 20, 2020

Pokemon Journeys kini akan meneruskan jalan cerita seterusnya, dan sejumlah telah didedahkan. Seperti yang dikongsi oleh Anipoke Fandom, jalan cerita ini akan bermula pada bulan depan di mana episod pertama akan disiarkan pada 23 Oktober. Jika laporan ini betul, jalan cerita ini akan bertahan sehingga November dan akan berlangsung selama empat minggu.

Jalan cerita baru ini amat istimewa untuk peminat kerana ia akan mendedahkan lagi tentang wilayah Galar apabila kisah “Darkest Day” menceritakan semula pengalaman yang peminat lihat dalam permainan Pokemon Sword and Shield. Sekiranya anda memerlukan lebih banyak maklumat mengenai Darkest Day, ini ialah penerangan rasmi:

“Pokemon gergasi sedang mengamuk!? Ash dan Goh berangkat untuk menyiasat fenomena aneh ini yang berlaku di wilayah Galar.

Sebaik sahaja tiba, wira-wira kita berhadapan dengan Pokemon gergasi yang mengamuk itu. Ternyata kemarahan itu disebabkan oleh organisasi yang merancang untuk mencipta semula ‘Black Night’, sebuah bencana besar yang menimpa wilayah Galar pada suatu masa dahulu!

Setelah semua misteri diselesaikan, kebangkitan semula malapetaka besar ini akan meraung di tanah! Meskipun seluruh wilayah Galar dilanda kekacauan, kedua pahlawan legenda itu terbangun daripada tidur mereka.”

Apa pendapat anda mengenai jalan cerita terbaru Pokemon Journeys? Tertarik tak dengan plotnya? Jom kongsi pendapat dengan saya di bahagian komen.

Tags: animePokemon JourneysPokemon Sword and Shield
Previous Post

Sampai Legendary Pokemon pun ada? Info baru tentang MOBA Pokémon Unite!

Next Post

Siapa IMPOSTER?! AMONG US semakin popular selepas 2 tahun dilancarkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Siapa IMPOSTER?! AMONG US semakin popular selepas 2 tahun dilancarkan!

Siapa IMPOSTER?! AMONG US semakin popular selepas 2 tahun dilancarkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd