Garnet, Amethyst, Pearl dan Stevonnie dari siri Cartoon Network, Steven Universe akan bertemu dengan pahlawan lain di Brawlhalla dalam crossover paling epik tahun ini. Pemain kini boleh bermain sebagai empat pahlawan Crystal Gems dalam acara in-game khas Steven Universe yang bermula hari ini sehingga 18 Disember. Acara in-game khas ini mempunyai mode permainan baru bernama Bubble Tag, efek KO baru yang memaparkan Malachite, login harian bonus dan perubahan menu utama.
Garnet, Amethyst, Pearl dan Stevonnie akan mempertahankan Valhalla dari musuh dan ditawarkan di in-game store selepas acara tamat. Mereka boleh dibeli untuk 300 Mammoth coin.
- Garnet – Mencerminkan Petra, Garnet sangat kuat dengan serangan signature yang menggunakan rocket gauntlet dan energy blast.
- Amethyst – Mencerminkan Xull, Amethyst tiba dengan serangan signature yang menggunakan cambuknya sebagai perangkap, serta perubahan Purple Puma!
- Pearl – Mencerminkan Kaya, dengan serangan signature Holo-Pearl dan Holo-Rose Quartz, dia menggunakan lembing dan anak panah untuk menewaskan musuh.
- Stevonnie – Mencerminkan Val dengan serangan signature yang memanggil singa merah jambu dan perisai buih unik.
Game mode baru: Bubble Tag
Mode ini meletakkan pemain dalam pasukan yang terdiri daripada tiga pahlawan untuk berlawan satu sama lain dalam permainan Bubble Tag. Dalam mode permainan ini, pemain mendapat satu mata setiap kali mereka menangkap seluruh pasukan musuh di Gem Bubbles. Untuk tangkap musuh di Gem Bubbles, pemain harus menyerang pihak lawan, dan musuh di dalam Gem Bubbles tidak boleh menggunakan menyerang dan pergerakan mereka terbatas. Sekiranya rakan sepasukan terperangkap di dalam Gem Bubbles, pemain boleh membebaskannya dengan menyentuh mereka.
Brawlhalla boleh didapati di Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One dan Windows PC. Brawlhalla juga akan datang ke pelantar mobile pada tahun 2020. Untuk maklumat lanjut mengenai Brawlhalla, sila lawati brawlhalla.com.
@gamersantaimy
Discussion about this post