Sebagai salah satu game paling popular pada tahun ini, Stellar Blade mempunyai ramai peminat yang tidak sabar untuk content baharu. Dalam pembentangan baharu, SHIFT UP telah membentangkan pelan masa depan untuk Stellar Blade, di mana peminat boleh menjangkakan ciri baharu, outfit baharu, dan kolaborasi besar pada hujung tahun 2024!
Berikut adalah rancangan yang disahkan:
- Photo Mode – sekitar bulan Ogos 2024
- Outfit baharu – disediakan selepas Oktober 2024
- Kolaborasi besar – penghujung tahun 2024
- Rancangan untuk sekuel disahkan, DLC Berbayar masih dalam pertimbangan
Pembentangan ini diketuai oleh CFO Shift Up, Ahn Jae-woo, yang menjelaskan bila dan apa kandungan yang akan datang untuk Stellar Blade pada tahun 2024. Peminat yang mahukan Photo Mode akan menerima update ini sekitar bulan Ogos. Pemain yang ingin outfit baharu pula boleh mengharapkan tambahan pakaian lebih menarik selepas bulan Oktober.
Selain itu, Shift Up turut menjelaskan bahawa “kolaborasi besar” sedang dirancang pada hujung tahun ini. Walaupun ada banyak IP besar, ramai menyangka ini adalah kolaborasi antara NieR, memandangkan pengarah daripada kedua-dua game mempunyai hubungan baik, dan pernah meluahkan minat untuk bekerjasama.
Bukan itu sahaja, Shift Up juga mengesahkan bahawa jumlah jualan untuk Stellar Blade telah melebihi satu juta unit! Kejayaan ini membawa kepada jangkaan sekuel, dan adaptasi ke platform PC – kedua-dua permintaan tinggi oleh peminat. Pada masa yang sama, studio berminat untuk membangunkan DLC berbayar.
Namun, mereka tidak mengesahkan jika semua rancangan itu sedang dalam pembikinan, dan buat masa ini, hanya boleh mempertimbangkan idea tersebut. Itu sahaja yang boleh disahkan pada masa ini kerana mereka lebih tertumpu terutamanya pada rancangan di dalam game semasa.
Bagi mereka yang berminat, Stellar Blade kini tersedia di PlayStation 5.
@gamersantaimy
Discussion about this post