Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Sertai Playtest Strinova – TPS Tactical Shooter Dengan Unsur Anime

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2024
in Artikel, Berita, Demo, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Jom Sertai Playtest Strinova – TPS Tactical Shooter Dengan Unsur Anime
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam zaman di mana ada beratus-ratus game shooter, satu judul telah menarik perhatian saya. Memperkenalkan Strinova – sebuah “third-person tactical competitive shooter gaya anime”, yang menawarkan gameplay dan pengalaman serba unik.

Walaupun tidak dikeluarkan secara rasmi, mereka sedang mengadakan Quark Playtest yang memberi peluang kepada semua untuk mencuba! Berikut adalah isi butiran:

Berikutan malapetaka dunia lama, manusia memilih untuk berhijrah ke alam multidimensi yang dikenali sebagai “Strinova”, lalu memperoleh keupayaan “Stringify” untuk beralih antara bentuk 3D dan 2D.

Evolusi ini membawa kepada Golden Age baharu. Ideologi yang menyimpang membawa kepada pembentukan puak: P.U.S, menegakkan perintah kerajaan; The Scissors, ingin kembali ke dunia lama; dan Urbino, menyelidiki potensi dunia baharu.

Kredit: iDreamSky

Gameplay Umum

Kredit: iDreamSky

Daripada segi gameplay, Strinova amat menyerupai game seperti Valorant dan Overwatch tetapi apa yang membezakannya adalah mekanik “stringification”, sebuah kebolehan unik di mana pemain dapat bertukar antara bentuk 3D dan 2D. Setiap bentuk mempunyai kelebihan sendiri dan memberi laluan dan strategi yang berbeza sama sekali untuk setiap perlawanan.

Satu lagi keunikan adalah setiap watak mempunyai naratif dan latar belakang yang luas. Watak dibahagikan kepada tiga puak utama: Painting Utopia Security, The Scissors, and Urbino. Ini dibahagikan lagi kepada peranan: Duelist, Vanguard, Controller, Sentinel dan Support.

Kredit: iDreamSky

Setakat ini, ada 15 watak yang anda boleh cuba, dan setiap watak mempunyai 3 skil: skil aktif, skil pasif dan skil ultimate. Abiliti dan senjata api yang unik menjadikan setiap watak lebih unik, dan memandangkan ada banyak untuk dipilih, pasti ada seorang yang sesuai dengan playstyle anda.

Buat masa ini, ada tiga game mode yang pemain boleh cuba:

Kredit: iDreamSky

Demolition

  • Attacker: Musnahkan objektif atau kalahkan semua defender.
  • Defender: Elakkan bom daripada meletup sebelum masa tamat, kalahkan semua attacker, atau matikan bom yang ditanam.

Scrimmage

  • Ahli pasukan memperoleh 1 mata untuk setiap kill; perlawanan tamat apabila satu pasukan mencapai 50 mata.
  • Di penghujung perlawanan , dua pasukan terbaik akan menang.

Escort

  • Pasukan Attacker mesti mengiringi payload ke destinasi, manakala pasukan Defender mesti menghalang payload daripada sampai ke destinasi sehingga masa tamat.
Kredit: iDreamSky

Jika berminat, anda boleh sertai “Quark” playtest sekarang melalui laman web rasmi atau di Steam! Selain PC, game ini juga akan dikeluarkan di Mobile, tetapi buat masa ini kita tiada maklumat bila ia akan dikeluarkan secara rasmi.

Tags: PCShooterStrinova
ShareTweetSend
Previous Post

Stellar Blade Umum Pelan 2024, Berminat Dengan DLC & Sekuel

Next Post

Ranma 1/2 Akhirnya Dapat Anime Baharu Selepas 32 Tahun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Ranma 1/2 Akhirnya Dapat Anime Baharu Selepas 32 Tahun!

Ranma 1/2 Akhirnya Dapat Anime Baharu Selepas 32 Tahun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd