Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam Perketat Polisi, Mengharamkan “Iklan Paksa” Dalam Game!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 11, 2025
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Steam Perketat Polisi, Mengharamkan “Iklan Paksa” Dalam Game!
Share on FacebookShare on Twitter

Steam telah mengemas kini garis panduan iklan dengan mengharamkan sepenuhnya model pendapatan berasaskan “pengiklanan berbayar” dalam game di platformnya.

Di bawah peraturan baharu ini, pembangun tidak lagi dibenarkan memaksa pemain untuk berinteraksi dengan iklan atau memberi ganjaran sebagai insentif untuk menonton iklan. Langkah ini bertujuan untuk mengekalkan pengalaman permainan yang lebih bersih dan memastikan semua game di Steam mengutamakan kepuasan pemain.

Valve has created a dedicated page describing that in-game ads or ad-based revenue models are not allowed in Steam games.This has been reported as a new policy, but this has been the case for at least 5 years as seen on the pricing page, there just wasn't a separate page.

— SteamDB (@steamdb.info) 2025-02-10T10:43:31.704Z

Bagi sesetengah pembangun, pengiklanan dalam game merupakan sumber pendapatan utama. Walaupun iklan yang tidak mengganggu tidak memberi kesan besar kepada pengalaman permainan, sesetengah game menggunakan taktik iklan paksa—memaksa pemain menonton iklan untuk meneruskan permainan atau membuka kandungan tertentu.

Praktik seperti ini lebih lazim dalam game mobile, tetapi kini Steam telah menetapkan larangan jelas agar ia tidak menular ke game PC.

Kredit: Gardenscapes

Dalam dokumen berkaitan iklan untuk pembangun, Steam menekankan beberapa perubahan penting:

  • Tiada Paksaan Menonton Iklan: Game tidak boleh memaksa pemain menonton iklan untuk terus bermain.
  • Tiada Ganjaran Untuk Menonton Iklan: Pembangun dilarang menawarkan sebarang insentif sebagai balasan untuk menonton iklan.
  • Larangan Caj Untuk Ciri Steam: Pembangun juga tidak boleh mengenakan bayaran bagi ciri Steam seperti pakej promosi, halaman jualan, halaman permainan, atau halaman francais.
Kredit: Steam

Menurut SteamDB di Bluesky, dasar ini sebenarnya sudah lama diterapkan tetapi kini lebih diperjelaskan melalui dokumentasi yang dikemas kini.

Dengan menguatkuasakan garis panduan pengiklanan yang lebih ketat, Steam mengambil langkah tegas untuk memastikan kaedah pengewangan dalam game tidak menjejaskan pengalaman pemain. Langkah ini dijangka memberi kesan kepada cara pembangun mengendalikan pengiklanan dalam game serta membantu mengekalkan integriti pengalaman permainan di PC.

Tags: PCsteam
ShareTweetSend
Previous Post

Monster Hunter Wilds “Open Beta Test 2” Dilanjutkan 24 Jam Selepas Gangguan PSN!

Next Post

Civilization VII: Perwakilan Asia Tenggara Daripada Pemimpin Hingga Tamadun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Civilization VII: Perwakilan Asia Tenggara Daripada Pemimpin Hingga Tamadun!

Civilization VII: Perwakilan Asia Tenggara Daripada Pemimpin Hingga Tamadun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd