Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Wilds “Open Beta Test 2” Dilanjutkan 24 Jam Selepas Gangguan PSN!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 11, 2025 - Updated on February 13, 2025
in Action, Artikel, Berita, Beta, MHWilds, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Monster Hunter Wilds “Open Beta Test 2” Dilanjutkan 24 Jam Selepas Gangguan PSN!
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah mengumumkan bahawa Open Beta Test 2 untuk Monster Hunter Wilds akan dilanjutkan selama 24 jam tambahan di semua platform. Keputusan ini dibuat selepas masalah rangkaian besar yang menjejaskan pengguna PlayStation, di mana pemain di PS5 dan PS4 mengalami gangguan sejak 8 Februari 2025.

Hunters, we're pleased to confirm that due to the PlayStation Network outage that occurred during the first week of OBT2, we're extending the second week of OBT2 by +24 hours on all platforms!

New period:
Feb. 13, 7pm PT / Feb. 14, 3am GMT – Feb. 17, 6:59 pm PT / Feb. 18, 2:59… pic.twitter.com/i0jTHjYHyx

— Monster Hunter (@monsterhunter) February 10, 2025

Ujian beta Monster Hunter Wilds sebelum ini telah menerima sambutan luar biasa daripada komuniti gamer. Open Beta pertama yang berlangsung pada Oktober 2024 mencatatkan lebih 463,000 pemain serentak di Steam sahaja, menjadikannya salah satu game paling popular di platform itu sebelum pelancaran rasminya.

Berbekalkan kejayaan itu, Monster Hunter Wilds Open Beta 2 dimulakan pada 7 Februari 2025, menjanjikan pengalaman yang lebih menarik kepada para pemain.

Kredit: Capcom

Namun, ujian beta ini menghadapi cabaran apabila gangguan PlayStation Network (PSN) berlaku pada 8 Februari, menyebabkan pemain PS5 dan PS4 tidak dapat mengakses game selama hampir sehari penuh.

Menyedari kesan besar terhadap pemain, Capcom sebelum ini mengusik bahawa tempoh beta mungkin akan dilanjutkan sebagai pampasan. Kini, menerusi akaun rasmi Monster Hunter Wilds di Twitter, syarikat itu telah mengesahkan pelanjutan tersebut.

Kredit: Capcom

Pusingan terakhir ujian beta, yang pada asalnya dijadualkan berakhir pada 17 Februari 2025, kini akan berlangsung sehari lebih lama. Tempoh beta baharu akan bermula dari 14 Februari 2025, jam 11:00 pagi, dan akan berakhir pada 18 Februari 2025, jam 10:59 pagi.

Menariknya, pelanjutan ini bukan hanya terhad kepada pemain PlayStation, tetapi turut diberikan kepada semua platform. Selain itu, pemain yang menyertai sepanjang tempoh tambahan ini masih layak menerima ganjaran khas beta.

Kredit: Capcom

Memandangkan beta ini telah mendapat sambutan luar biasa sejak fasa awal, ramai menjangkakan pusingan terakhir ini juga akan menerima jumlah pemain yang tinggi.

Dengan tempoh tambahan, terutamanya bagi pemain PlayStation yang terjejas akibat gangguan PSN, Capcom yakin bahawa ujian beta ini akan menarik lebih ramai peserta dan memberikan pengalaman permainan yang lebih menyeluruh sebelum pelancaran rasmi.

Tags: Monster Hunter Wildsopen beta
ShareTweetSend
Previous Post

Mabinogi Mobile Umum Tarikh Keluaran Korea – Adakah Game Ini Akan Keluar Secara Global?

Next Post

Steam Perketat Polisi, Mengharamkan “Iklan Paksa” Dalam Game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Steam Perketat Polisi, Mengharamkan “Iklan Paksa” Dalam Game!

Steam Perketat Polisi, Mengharamkan "Iklan Paksa" Dalam Game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd