Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Star Wars Outlaws & Avatar: Frontiers of Pandora tidak akan keluar di Epic atau Steam, eksklusif untuk UbiStore

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 21, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, Open World, PC, Steam, Ubisoft Connect
0 0
0
Star Wars Outlaws & Avatar: Frontiers of Pandora tidak akan keluar di Epic atau Steam, eksklusif untuk UbiStore
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak sabar untuk mencuba Star Wars Outlaws dan Avatar: Frontiers of Pandora? Malangnya, saya ada berita buruk untuk pemain PC kerana kedua-dua game tersebut mungkin tidak akan datang ke Steam dan Epic Games Store. Secara lebih khusus, Star Wars Outlaws dan Avatar: Frontiers of Pandora kemungkinan besar tidak akan tersedia di Epic Games Store atau Steam, dan sebaliknya akan dilancarkan secara eksklusif di Ubisoft Store.

Menurut PCGamesN, mereka membuat kajian di laman web rasmi untuk kedua-dua game ini. Seperti yang anda dapat lihat melalui screenshot di bawah, satu-satunya platform PC yang tersedia untuk Star Wars Outlaws dan Avatar: Frontiers of Pandora hanyalah Ubisoft Connect.

Kredit: Ubisoft

Mungkin Ubisoft terlupa untuk menyenaraikan platform itu sekali? Itu pun bukan sebabnya. Apabila melayari laman web The Crew Motorfest dan Assassin’s Creed Mirage, kita dapat melihat nama platform Ubisoft Connect dan Epic Games Store tertera sekali. Malah, Ubisoft telah menawarkan banyak game besar lain termasuk Assassin’s Creed Valhalla dan Far Cry 6 di Epic Games Store sebelum ini.

Kredit: Ubisoft

Jadi, berita ini menimbulkan kekecohan di kalangan gamer PC apabila mula viral.

Namun, ini tidak 100% menjaminkan bahawa Star Wars Outlaws dan Avatar: Frontiers of Pandora akan diketepikan daripada Steam dan Epic Games Store. Ada kemungkinan ia akan keluar secara eksklusif dahulu di Ubisoft Store, lalu ditambah ke platform PC lain pada tarikh akan datang. Ada juga mengatakan yang mereka belum memuktamadkan perjanjian lesen rasmi bersama dua platform tersebut.

Info game

Avatar: Frontiers of Pandora ialah game open world action-adventure berdasarkan siri filem Avatar. Game ini sedang dibangunkan oleh Massive Entertainment dan akan diterbitkan oleh Ubisoft untuk PlayStation 5, Windows PC, dan Xbox Series X/S pada 7 Disember 2023.

Dimainkan dalam perspektif first-person, pemain mengawal seorang anak yatim Na’vi yang dibesarkan dan dilatih sebagai askar oleh RDA, yang bangun 15 tahun kemudian di fasiliti terbiar. Pemain mesti memulakan perjalanan merentasi Western Frontier, wilayah yang tidak pernah dilihat di Pandora, menemui asal usul mereka dan memimpin puak Na’vi tempatan untuk melawan RDA ketika mereka cuba mengeksploitasi sumber semula jadi Barat Frontier.

Star Wars Outlaws ialah game action-adventure yang dibangunkan oleh Massive Entertainment dan diterbitkan oleh Ubisoft di bawah lesen Lucasfilm Games. Game ini akan berlangsung dalam dunia Star Wars, semasa tempoh antara The Empire Strikes Back dan Return of the Jedi.

Dalam perspektif third person dan bermain secara open world, game ini menampilkan pertempuran terbuka dan mekanik stealth, pertempuran kenderaan, pertempuran angkasa lepas dan dialog pelbagai pilihan. Berlangsung di antara peristiwa The Empire Strikes Back dan Return of the Jedi, pemain mengawal Kay Vess dan rakannya Nix semasa mereka “bercuba salah satu rompakan terbesar di angkasa lepas”.


Anda boleh baca lagi banyak berita menarik oleh kami di SINI!

Tags: Avatar: Frontiers of Pandoraepic games storePCStar Wars Outlawssteam
ShareTweetSend
Previous Post

Apa berlaku dalam penamat The Flash & Bagaimana ia setup untuk DCU pula?

Next Post

Resident Evil: Death Island – Rasmi tayang di GSC bermula 29 Jun, semua hero berkumpul!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Resident Evil: Death Island – Rasmi tayang di GSC bermula 29 Jun, semua hero berkumpul!

Resident Evil: Death Island - Rasmi tayang di GSC bermula 29 Jun, semua hero berkumpul!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd