Pencipta Apex Legends, Respawn Entertaiment kini telah mendedahkan game yang dinantikan ramai daripada francais Star Wars bersama dengan maklumat terperinci dan trailer yang pertama. Star Wars Jedi: Fallen Order bakal berada di pasaran pada 15 November ini untuk Xbox One, PS4 dan PC.
Experience this all-new single-player Star Wars™ story from Respawn Entertainment and EA Star Wars on Xbox One, PlayStation 4, and PC this holiday season, 15 November 2019. pic.twitter.com/WhVUAifKGT
— Star Wars (@starwars) April 13, 2019
Game ini mengambil tempat selepas kejadian dalam Revenge of the Sith dimana alam semesta ketika itu kehilangan ramai Jedi. Respawn mengatakan game ini adalah single player dan didorongkan oleh jalan cerita, dan ia memberikan fokus kepada pertarungan lightsaber dan keupayaan Force. Ia juga bakal menampilkan seorang padawan muda bernama Cal Kestis yang berjaya melarikan diri daripada pembunuhan Jedi besar-besaran dan kini berusaha untuk terus hidup dan menamatkan latihan Jedi nya.
Oleh kerana kebelakangan ini banyak game siri Star Wars dibatalkan dan juga kesukaran dalam siri Battlefront, ramai yang menanti game ini dengan harapan yang tinggi. Namun Respawn memiliki reputasi yang bagus dengan Apex Legends yang kini berdiri teguh bersama Fortnite. Game ini juga melibatkan pengarah God of War II iaitu Stig Asmussen.
Asmussen mengatakan ramai peminat Star Wars ingin mengetahui apakah yang terjadi ketika zaman kegelapan Jedi ini. Pasukan daripada Lucasfilm pula sangat membantu dalam membangunkan jalan cerita ini dimana Jedi yang tinggal bersembunyi dan Empire pula dalam kekuasaannya yang tertinggi.
Respawn mengatakan Fallen Order dicipta dengan menjadikan gameplay sebagai fokus utamanya dan pemain akan menggunakan latihan Jedi mereka untuk mencipta kombinasi melee berbeza dan dipadankan dengan sistem lightsaber yang inovatif beserta dengan keupayaan Force.
Akhirnya tiba satu reveal yang bertepatan untuk Fallen Order. Respawn mula menjelajah Star Wars pada 2016 dan hanya tahun lepas tajuknya didedahkan. Harapan sekarang adalah penantian ini akan berakhir November ini.
Sumber: theverge.com
@gamersantaimy
Discussion about this post