Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Squid Game Musim 3 Akan Ditayangkan 27 Jun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 6, 2025
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Squid Game Musim 3 Akan Ditayangkan 27 Jun!
Share on FacebookShare on Twitter

Fenomena global Netflix, Squid Game, bakal kembali untuk musim 3 dan terakhirnya pada 27 Jun, menjanjikan pengakhiran penuh saspens untuk kisah mendebarkan ini.

Selepas penamat mengejut musim kedua, siri ini akan menggali lebih dalam ke sisi keputusasaan, pengkhianatan, dan taruhan nyawa, dengan Gi-hun, atau lebih dikenali sebagai Player 456, berdepan detik-detik paling gelap dalam hidupnya.

Selepas pemberontakan yang gagal, kehilangan rakan karib, serta dikhianati secara mengejut, Gi-hun (lakonan Lee Jung-jae) kini berada di titik terendah. Terpaksa menempuh permainan yang lebih berbahaya, dia bersama pemain-pemain lain yang masih bertahan perlu membuat pilihan-pilihan getir yang membawa kesan semakin buruk.

Setiap pusingan menguji ketabahan mereka, mendorong mereka ke ambang kehancuran. Dalam masa yang sama, In-ho (Lee Byung-hun), Front Man yang penuh misteri, menyambut kedatangan VIP baharu, manakala adiknya, Jun-ho (Wi Ha-jun), terus memburu lokasi pulau rahsia tanpa menyedari ada pengkhianat dalam kalangan mereka.

Persoalannya: mampukah Gi-hun membuat keputusan yang betul, atau adakah Front Man akhirnya akan menghancurkan semangatnya?

Kredit: Netflix

Musim ketiga ini diarahkan, ditulis, dan diterbitkan oleh Hwang Dong-hyuk, pengarah pemenang Emmy yang mencipta sejarah sebagai orang Asia pertama memenangi kategori Outstanding Directing for a Drama Series di Anugerah Primetime Emmy ke-74.

Seperti yang dijanjikan, musim ini akan terus mengekalkan intensiti yang dinanti-nantikan para peminat. Barisan pelakonnya juga dipenuhi bintang ternama seperti Yim Si-wan, Kang Ha-neul, Park Gyu-young, Park Sung-hoon, Yang Dong-geun, Kang Ae-sim, Jo Yu-ri, Chae Kuk-hee, Lee David, Roh Jae-won, dan Jun Suk-ho, selain kemunculan istimewa daripada Park Hee-soon.

Kredit: Netflix

Sebagai salah satu siri paling popular di Netflix, Squid Game Musim 3 bersedia untuk menggoncang emosi penonton. Tandakan tarikh 27 Jun — permainan terakhir bakal bermula, eksklusif di Netflix.

Tags: netflixSquid Game
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Blades of Fire – Bukan Ksatria Tapi Blacksmith Menjadi Hero Utama!

Next Post

Gears of War: Reloaded — Remaster Kepada Game Klasik 2006 Bakal Tiba Ogos 2025

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Gears of War: Reloaded — Remaster Kepada Game Klasik 2006 Bakal Tiba Ogos 2025

Gears of War: Reloaded — Remaster Kepada Game Klasik 2006 Bakal Tiba Ogos 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd