Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Square Enix sedang membangunkan game mobile untuk Fullmetal Alchemist

Maklumat lanjut Fullmetal Alchemist Mobile akan diberitahu pada musim sejuk 2021 nanti

Amir Haziq by Amir Haziq
July 13, 2021
in Acara, Android, Artikel, Berita, Genre, iOS, Mobile
0 0
0
Square Enix sedang membangunkan game mobile untuk Fullmetal Alchemist
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena menyambut Fullmetal Alchemist 20th Anniversary Special yang disiarkan secara langsung pada hari Isnin lalu, penulis manga terkenal, iaitu Hiromu Arakawa telah mengumumkan bahawa anime tersebut akan mendapat permainan mobile-nya sendiri. Square Enix telah berkongsikan sebuah trailer teaser untuk Fullmetal Alchemist Mobile yang bakal tiba untuk platform Android dan iOS.

Fullmetal Alchemist Mobile telah menjadi tajuk utama perbualan semasa siaran langsung acara ulangtahun itu. Acara tersebut turut mendedahkan sebuah laman web teaser yang hanya menunjukkan video teaser dan maklumat seterusnya akan diberitahu pada musim sejuk 2021 nanti. Game ini juga sedang dibangunkan oleh penerbit permain video Jepun terkenal, iaitu Square Enix.

Selain itu, acara tersebut telah memperkenalkan kolaborasi kafe yang menampilkan menu makanan diilhamkan dari francais dan menjalankan semula acara galeri pameran fizikal. Hiromu Arakawa turut mendedahkan siri manga baru yang akan datang, tetapi beliau tidak memaklumkan secara terperinci sama ada ianya akan mempunyai hubungan dengan Fullmetal Alchemist.

Hiromu Arakawa telah mula menerbitkan manga Fullmetal Alchemist di majalah komik Square Enix, iaitu Monthly Shonen Gangan sejak 12 Julai 2021. Siri ini menjadi terkenal setelah studio animasi dari Jepun, iaitu Bones mula melancarkan adaptasi anime-nya pada tahun 2003. Fullmetal Alchemist mengisahkan tentang pengembaraan dua beradik, iaitu Edward dan Alphonse Elric dalam sebuah dunia steampunk fiksyen di mana ramai yang mengamalkan alkimia.

Buat masa ini, Square Enix belum lagi memaklumkan tarikh pelancaran rasmi untuk Fullmetal Alchemist Mobile, tetapi kita sudah tahu yang game ini bakal tersedia di Google Play dan Apps Store. Jadi, sama-sama kita nantikan berita selanjutnya mengenai game tersebut pada hujung tahun ini atau sebelum awal bulan Mac tahun depan. Untuk membaca segala liputan kami mengenai Fullmetal Alchemist, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Sumber: AnimeNewsNetwork

Tags: Fullmetal Alchemist MobileHiromu Arakawasquare enix
Previous Post

Masyuk! Terus jadi jutawan lepas jual Super Mario 64 dengan harga RM6.54 juta!

Next Post

Kimetsu Academy Story Sertai Versus Mode of Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Kimetsu Academy Story Sertai Versus Mode of Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles!

Kimetsu Academy Story Sertai Versus Mode of Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd