Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Square Enix mengumumkan mobile RPG Gate of Nightmares untuk iOS & Android, dilukis oleh pencipta Fairy Tail!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 22, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Square Enix mengumumkan mobile RPG Gate of Nightmares untuk iOS & Android, dilukis oleh pencipta Fairy Tail!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah mengumumkan Gate of Nightmares, sebuah “monster summon fantasy RPG” untuk iOS dan Android yang menampilkan reka bentuk watak dan dunia persekitaran oleh pencipta Fairy Tail, Hiro Mashima. Sebelum pelancaran rasmi, Square Enix akan mengadakan “acara langsung hands-on” di mana pengguna dapat mencuba permainan semasa ia dalam fasa perkembangan. Harap maklum, acara ini hanya ada di Jepun sahaja. Berikut adalah sinopsis dan watak-watak dalam permainan:

“Gate of Nightmares adalah sebuah pengembaraan fantasi tentang pedang dan sihir tradisional, yang berlangsung di “dunia sebenar ” di mana manusia hidup, dan “Remurias,” sebuah alam mimpi yang bercampur dengan dunia nyata.

Emma adalah seorang gadis “Nightwalker” yang boleh memerintahkan raksasa-raksasa bernama “Nightmare”, yang lahir dari mimpi buruk. Dia bertemu Azel, seorang budak misteri yang disukai oleh para Nightmare, lalu terperangkap dalam pengembaraan di mana nasib dunia bergantung pada mereka.

Semua watak yang muncul dalam permainan ini dilukis oleh Hiro Mashima, dan manakala setiap senario akan disuarakan sepenuhnya.”

Di bawah adalah watak-watak yang diumumkan buat masa ini:

 

1 of 3
- +
  • Azel
    • Sang protagonis. Sangat serius dan bersemangat. Dia disukai oleh para Nightmare yang lahir dari mimpi buruk.
  • Emma
    • Sang Heroin. Dia bertemu Azel ketika melawat Remurias bagi menyiapkan misi, dan sejak itu, terpaksa menjaganya…
  • Meruru
    • Seorang gadis pendiam dan spontan tetapi terselubung dalam banyak misteri. Ingatannya tentang masa lalu sangat kabur.

Itu sahaja info yang saya tahu buat masa ini. Untuk segala info kami tentang permainan mobile, sila tekan pautan ini.

Sumber – Gate of Nightmares JP

Tags: AndroidGate of NightmaresHiro MashimaiOSMobilesquare enix
Previous Post

PUBG Mobile vs Free Fire? Jom lihat perbezaan dalam kedua Battle Royale Popular ini!

Next Post

Yu-Gi-Oh! Rush Duel: Saikyou Battle Royale!! akan keluar 12 Ogos! Visual dan maklumat baru diumumkan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Yu-Gi-Oh! Rush Duel: Saikyou Battle Royale!! akan keluar 12 Ogos! Visual dan maklumat baru diumumkan

Yu-Gi-Oh! Rush Duel: Saikyou Battle Royale!! akan keluar 12 Ogos! Visual dan maklumat baru diumumkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd