Bab 1069 dimulakan dengan sambungan daripada bab lepas di mana Luffy terserempak dengan Lucci ketika ingin kembali Punk Records untuk membawa keluar Dr. Vegapunk daripada pulau itu. Selepas melihat CP0 sedang membuat kecoh, Chopper dan Jinbei akhirnya percaya tentang kata-kata Vagepunk.
Sementara Luffy dengan selamba bertanya pada lelaki harimau bintang atau Pigeon Guy, kenapa dia berada di pulau tersebut. Jawapan Lucci dengan berkata pulau itu adalah hak World Government membuatkan dia sedar bahawa dia yang sepatutnya tidak berada di sana.
Ahli CP0 yang lain juga menyedari kehadiran Luffy lalu menasihati Lucci agar tidak melakukan sebarang tindakan tanpa arahan orang atasan mereka. Ini adalah maklumat baru tentang One Piece, di mana ahli CP0 tidak boleh mengusik lanun yang berstatus Yonkou tanpa kebenaran kerana ia mampu mengakibatkan peperangan di antara dua pihak.
Adegan berubah ke Navy HQ, Fleet Admiral Akainu telah mendapat berita tentang lokasi Straw Hat krew. Dia juga menyedari jika Dr. Vegapunk sudah tahu tentang misi CP0 sebelum membuat keputusan untuk menyertai Luffy. Dengan Dr. Vegapunk menyertai krew lanun, World Government pasti akan hilang salah satu sumber utama kuasa mereka.
Akainu menganggap tindakan Straw Hat sebagai pengisytiharan perang dan mengeluarkan arahan agar Lucci tidak melakukan apa-apa dan tunggu sehingga Navy tiba bersama Admiral Kizaru.
Kembali ke Pulau Egghead, Luffy dan Lucci telapun mula berlawan. Kita akhirnya dapat melihat bentuk Awakened Zoan Lucci, bentuk harimau bintangnya kelihatan lebih kecil daripada bentuk biasa dan mempunyai asap hitam di sekeliling leher dan bahu seperti Gear 5 Luffy.
Dr. Vegapunk akhirnya tiba di makmal di mana satelitnya berada. Dia memberitahu kepada mereka bahawa pahlawan berpakaian putih telah muncul dan bertanya kepada Straw Hat tentang transformasi Luffy. Mereka berkata ianya adalah salah satu kuasa Gomu Gomu no Mi Luffy yang biasa tetapi telah dinafikan oleh si genius itu.
Dr. Vegapunk memberitahu bahawa tiada rekod Devil Fruit Gomu Gomu no Mi di dalam buku dan menyatakan penampilan Luffy seakan-akan seperti Sun God Nika. Rakan-rakan Luffy tidak percaya tentang hal tersebut dan Vegapunk menerangkan bahawa nama tersebut telah dibuang daripada sejarah dunia.
Akhirnya, dia mendedahkan kebenaran tentang Devil Fruit kepada krew Straw Hat bahawa buah-buah tersebut adalah manifestasi harapan manusia. Ia adalah kemungkinan evolusi yang diinginkan oleh manusia, setiap satu mewakili satu cabang masa depan manusia. Ini bermaksud setiap pemakan Devil Fruit akan mewakili masa depan yang mungkin untuk manusia dan kuasa buah tersebut adalah daripada keinginan yang dibuat oleh manusia.
Dan ketika itu, Sentomaru tiba bersama Seraphim Shark, Snake dan Hawk. Dia telah mengarahkan S-Bear untuk menyerang CP0 memandangkan dia mempunyai hak yang lebih tinggi berbanding agen CP0. Di bab ini, Stussy telah mendedahkan hierarki hak kuasa terhadap Pacifista dan kita dapat lihat Five Elder mempunyai hak yang lebih tinggi berbanding penciptanya. Namun, arahan daripada Transponder Snail tidak dapat dilakukan.
Di muka surat terakhir, ketika Sentomaru sedang sibuk berbual dengan Luffy, dia telah diserang oleh Lucci untuk memutuskan kawalannya terhadap Seraphim tersebut. Kini, CP0 telah mendapat hak untuk mengawal robot berkuasa tersebut.
Discussion about this post