Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spoiler Dragon Ball Super: Super Hero – Transformasi Gohan & watak Android misteri

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Spoiler Dragon Ball Super: Super Hero – Transformasi Gohan & watak Android misteri
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 11 Jun lalu, filem anime Dragon Ball Super: Super Hero telah mula ditayangkan di seluruh pawagam Jepun dan akibatnya, pelbagai kebocoran spoiler mula melanda media sosial dan mendedahkan pelbagai aspek tentang filem, termasuk kameo watak, peristiwa yang terjadi dan banyak lagi.

Semua info di bawah diambil melalui akaun Twitter @DBSChronicles, yang dikenali sebagai sumber yang boleh dipercayai untuk maklumat dan spoiler tentang Dragon Ball. Buat masa sekarang, ada dua topik yang sedang hangat dibincangkan oleh peminat iaitu transformasi baru Gohan/Piccolo dan juga identiti antagonis terakhir.

Jika korang ingin tahu lebih lanjut, berikut adalah setiap spoiler besar daripada filem Dragon Ball Super: Super Hero.

AMARAN: SPOILER DRAGON BALL SUPER: SUPER HERO BERMULA DI SINI

Final Gohan

Salah satu spoiler terbesar, seperti yang didedahkan oleh filem adalah kemunculan transformasi terbaru Gohan, yang digelar “Final Gohan”. Bentuk ini mengatasi transformasi “Potential Unleashed” dan mengubah penampilannya: rambut Gohan menjadi putih dan dia mempunyai mata merah.

Gohan kini mempunyai empat transformasi yang boleh diakses, iaitu Super Saiyan, Super Saiyan 2, Potential Unleashed, dan Final Gohan.

Orange Piccolo

Gohan bukan satu-satunya watak dengan bentuk baru kerana nampaknya Piccolo menerima upgrade daripada Shenron dalam filem. Bentuk baru itu digelar “Orange Piccolo” dan seperti namanya, kulit Piccolo akan berubah kepada warna jingga, badannya kini lebih besar dan macho dan dia memiliki aura oren bercahaya di belakang.

Ini adalah transformasi kedua untuk Piccolo. Yang pertama adalah bentuk Super Namekian.

Vegeta akhirnya menang ke atas Goku

Di bahagian post-credit, kedua-dua Goku dan Vegeta sedang berlatih di planet milik Beerus bersama Broly. Kemudian, mereka berdua bertarung di mana Vegeta disahkan sebagai pemenang.

Gamma 2 mati dan Cell adalah antagonis utama

Gamma 2 harus mengorbankan diri untuk menyelamatkan Gohan dari Cell, yang didedahkan sebagai antagonis utama. Dalam filem ini, Cell muncul sebagai penjahat terakhir bersama bentuk dan persona baharu yang digelar Max Monster. Perbuatan ini jugalah yang membangkitkan transformasi “Final Gohan”.

Android 21 sebenarnya adalah isteri Dr. Gero, ibu kepada Android 16

Android 21 pun membuat kameo pendek dalam filem tetapi siapa sangka dia sebenarnya memegang peranan yang besar. Android 21 rupanya adalah isteri kepada Dr. Gero, dan ibu kepada Gebo (Android #16). Nama sebenarnya adalah Vomi dan penampilannya dalam filem itu secara rasmi membuatkan watak itu canon dalam francais.


Buat masa sekarang, Dragon Ball Super: Super Hero belum disahkan akan keluar di pawagam Malaysia, tetapi GSC dan TGV ada memberi teaser bahawa ia akan datang tidak lama lagi. Sementara menunggu berita lanjut, itu antara info dan spoiler besar yang saya dapat tahu tentang Dragon Ball Super: Super Hero.

Apa pendapat korang tentang spoiler di atas? Teruja tak untuk tonton filem ini? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Tags: Dragon BallDragon Ball Super: Super HeroGohanSpoiler
Previous Post

Nak topup game? Ini senarai platform untuk beli topup dan gift card game!

Next Post

Promosi MSI Mid-Year Sale sedang berlangsung! Jimat sehingga RM 2400!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Promosi MSI Mid-Year Sale sedang berlangsung! Jimat sehingga RM 2400!

Promosi MSI Mid-Year Sale sedang berlangsung! Jimat sehingga RM 2400!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd