Setelah menjadi PlayStation 4 eksklusif selama beberapa tahun, game memburu dinosaur robot Horizon: Zero Dawn akhirnya datang ke PC pada 7 Ogos. Hanya seminggu lagi tinggal dan memang tak perlu tunggu lama. Di sini, kita ingin memastikan PC anda mampu menjalankannya. Jika tidak boleh, sekurangnya anda ada masa untuk menukar perkakasan yang patut. Di bawah adalah spesifikasi rasmi daripada Steam:
Minimum | Rekomendasi | |
OS | Windows 10 64-bits | Windows 10 64-bits |
Pemproses | Intel Core [email protected] atau AMD FX [email protected] | Intel Core [email protected] atau Ryzen 5 [email protected] |
Memori | 8 GB RAM | 16 GB RAM |
Grafik | Nvidia GeForce GTX 780 (3 GB) atau AMD Radeon R9 290 (4GB) | Nvidia GeForce GTX 1060 (6 GB) atau AMD Radeon RX 580 (8GB) |
DirectX | Version 12 | Version 12 |
Storan | 100 GB diperlukan | 100 GB diperlukan |
Versi PC untuk Horizon Zero Dawn akan menampilkan banyak peningkatan berbanding versi PS4 yang asal, termasuk sokongan resolusi hingga 4K dan framerate lebih 60FPS (bergantung pada kemampuan perkakasan anda), sokongan tetikus dan papan kekunci dengan “beberapa” pilihan customization, FOV hingga maksimum 100 darjah, dan beberapa tetapan untuk anti-aliasing dan anisotropic filtering. Malangnya, ray tracing tidak disokong dan watak-watak serta persekitaran dalam permainan kekal sama seperti dalam versi PS4.
Sebagai “Complete Edition” untuk Horizon: Zero Dawn, versi PC juga merangkumi expansion Frozen Wilds, Carja Storm Ranger Outfit, Carja Mighty Bow, Carja Trader Pack, Banuk Trailblazer Outfit, Banuk Culling Bow, Banuk Traveller Pack, Nora Keeper Pack, dan buku seni digital. Ia tersedia untuk pra-pembelian pada nilai harga RM80. Kalau minat, lawat pautan di bawah:
@gamersantaimy
Discussion about this post