Pada awal bulan ini, speedrunner Hugo One telah stream dirinya cuba untuk menghabiskan Grand Theft Auto San Andreas. Di stream ini, ada sedikit bonus dia beri pada viewer. Viewer boleh mengaktifkan apa-apa cheat di game itu menggunakan chat di Twitch. Pendek cerita, speedrun ini dipenuhi dengan saat-saat kelakar dan sangat menghiburkan hati.
Sebagai contoh, Hugo ingin habiskan misi valet. Dalam misi ini, Hugo diberi tugas untuk meletakkan kereta di lot parkir hingga kereta District Attorney muncul. Kemudian Hugo harus meletakkan bom di dalam kereta itu dan selebihnya korang semua tahu la.
Sepanjang misi ini, peminat cuba hentikan usaha Hugo One dengan menggunakan pelbagai cheat. Tetapi mereka gagal. Ketika cutscene hujung untuk misi ini, seorang viewer telah aktifkan cheat yang meletupkan semua kereta termasuk kereta yang di dalam cutscene. Cheat yang dirancang dengan tepat ini akhirnya membuat game ini soft lock dan terpaksalah Hugo One load save file baru.
Di misi lain, Hugo One harus kejar sebuah firetruck. Seorang viewer berjaya aktifkan cheat yang membuat sebuah kereta kebal muncul dan menghalang jalan Hugo One ketika sesi kejar-mengejar itu. Menggunakan kenderaan untuk menghalang Hugo ialah cara yang popular untuk kacau pelannya. Di misi yang sama, seorang lagi viewer membuat treler muncul yang terus halang Hugo dan membuat dia gagal misi tersebut.
Untuk mengaktifkan cheat ini, peminat harus menggunakan mata wang di channel Hugo One yang dipanggil “duckets”. Mata wang ini boleh diperolehi daripada menonton streamnya atau menderma pada channelnya. Mengikut kata Hugo One, ketika stream ini berlangsung, viewers telah aktifkan lebih daripada 2000 cheat dan menghabiskan lebih daripada 10 juta duckets. Setiap cheat berlainan harga, dengan cheat yang lebih kuat seperti membunuh diri, berharga 100,000 duckets.
Tidak semua viewers aktifkan cheat untuk menghalang Hugo. Ada beberapa viewer akan aktifkan cheat hanya untuk mengacau Hugo atau buat beliau gelak. Satu perisitiwa yang kelakar ialah apabila C.J pergi ke kedai gunting, seorang viewer telah aktifkan cheat menukar baju pada masa yang sangat sesuai.
Akhirnya, selepas menghabiskan masa untuk misi terakhir, Hugo terpaksa membuang beberapa cheat kerana cheat itu membuat beliau mustahil untuk menamatkan game ini. Perlawanan antara Hugo dan peminatnya bukanlah sesuatu yang serius. Stream ini ialah satu pengalaman yang seronok antara beliau dan penonton. Sepanjang stream ini berlangsung, viewers telah cuba pelbagai cara untuk menghalang dan lambatkan speedrun ini. Dirasai oleh Hugo, beliau hanya mampu gelak sahaja melihat usaha viewers.
Sumber – Kotaku
@gamersantaimy
Discussion about this post