Bulan lepas pemain Pokémon GO disajikan dengan Team Rocket, dan baru-baru ini Niantic dan The Pokémon Company telah mengumumkan Special Gifting Event untuk game ini.
Sempena dengan acara ini, pemain akan menikmati peningkatan untuk jumlah hadiah harian yang boleh dibuka, penetasan telur yang lebih pantas dan juga kebarangkalian untuk menetaskan seekor Shiny Bonsly. Sangat menarik untuk melihat Pokémon GO kembali kepada sorotan utama dan perhatian terhadap game ini terus meningkat. Menurut Sensor Tower, Pokémon GO telahpun mencapai 1 billion muat turun:
Congratulations to @Pokemon and @NianticLabs on one billion total downloads of #PokemonGO! Sensor Tower estimates the game has surpassed $2.7 billion in lifetime player spending. #pokemon pic.twitter.com/OJ55amoaCW
— Sensor Tower (@SensorTower) July 31, 2019
Acara istimewa ini akan bermula pada Isnin ini, 4 PM EDT (Waktu tempatan 4 AM Selasa) dan akan berlanjutan sehingga 19 Ogos 4 PM EDT (Waktu tempatan 20 Ogos 4 AM). Acara 2 minggu ini adalah sesuai untuk menunjukkan penghargaan kepada kawan-kawan dengan pelbagai bonus. Telur 7KM yang diperolehi ketika acara ini hanya memerlukan 2 KM untuk ditetaskan. Walaupun penampilannya adalah telur 2 KM, tetapi Pokémon yang ditetaskan adalah daripada variasi 7 KM. Jumlah hadiah yang boleh dibuka dinaikkan kepada 30 manakala jumlah hadiah yang boleh dibawa ditingkatkan kepada 20 sepanjang acara ini.
Ini adalah masa yang terbaik untuk memainkan (atau kembali kepada) Pokémon GO, dengan kandungan sosial terbaru, pertarungan trainer dan banyak lagi penambahan.
Dijangkakan kolaborasi dengan Pokémon Sword dan Pokémon Shield akan dimulakan secara berperingkat sempena dengan pelancaran game-game tersebut November ini.
Sumber: toucharcade
@gamersantaimy
Discussion about this post