Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (SIES) telah mengumumkan barisan terkini PlayStation Hits untuk 4 Oktober 2019, dimana mereka akan menawarkan games PlayStation 4 pada harga yang menarik.
PlayStation Hits adalah satu siri insentif yang membawakan game-game yang terkenal di platform PlayStation 4. Game-game ini akan dijual dengan harga RM79 dan akan dilabel dengan banner berwarna merah pada bungkusannya, memudahkan gamers mengenali games-games ini. Siri insentif ini telah jauh berkembang semenjak ianya mula diperkenalkan pada 26 Julai 2018. Game-game ini boleh dibeli daripada penjual barangan PlayStation yang sah dan juga di PlayStation Store.
Game-game tersebut adalah:
God of War
Sememangnya antara game yang terbaik jika tidak yang terbaik setakat ini yang pernah berada di PlayStation 4. Mengisahkan tentang Kratos yang, masih ganas seperti dahulu tetapi kini lebih tenang dan bijak, yang mengembara bersama-sama anaknya Atreus untuk menyelesaikan pengebumian isteri/ibu mereka. Dengan plot cerita dan mekanisma yang hebat, semestinya harus dimiliki kepada mereka yang masih belum memainkannya.
Gran Turismo SportGran Turismo. Tidak perlu dipanjangkan lagi. Kena dengan temanya iaitu “The Real Driving Simulator”, ini adalah game yang perlu dimainkan oleh gamers kaki kereta ataupun kepada mereka yang meminati sukan automotif. Dengan tahap realistik yang membawa PlayStation 4 ke hadnya, ia adalah simulasi kereta yang sangat-sangat memuaskan dan kaya dengan sejarah sukan automotif.
Uncharted Lost LegacySatu game yang membawa nama “Uncharted” tetapi tidak menampilkan hero bermulut lancang Nathan Drake, game ini memberi fokus kepada Chloe Frazer dan juga penjahat dari Uncharted 4: A Thief’s End iaitu Nadine Ross. Memberikan pengalaman Uncharted yang sama tetapi dengan plot yang segar dan juga memberikan resonan kepada Uncharted secara keseluruhan, game ini mungkin satu pemangkin kepada Uncharted yang akan datang.
@gamersantaimy
Discussion about this post