Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony umum DualSense edisi terhad God of War Ragnarok, pre-order mula 27 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 14, 2022
in Action, Adventure, Aksesori, Artikel, Berita, Open World, PS4, PS5, Teknologi
0 0
0
Sony umum DualSense edisi terhad God of War Ragnarok, pre-order mula 27 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai peminat tidak sangka bahawa Kratos dan Atreus akan muncul di acara State of Play hari ini, kerana live stream kali ini dikatakan akan memfokuskan sahaja pada rakan kongsi Sony di Jepun, secara khususnya game buatan Jepun. Namun, Sony berjaya mengejutkan peminat dengan mendedahkan controller DualSense edisi terhad God of War Ragnarok bersama trailer baru yang menunjukkan lagi dunia kita bakal hadapi nanti.

Seperti yang korang boleh nampak di atas, Sony mempamerkan controller wayarles God of War Ragnarök DualSense yang reka bentuk mempunyai warna “cool blue” dan “icy white” — sesuai dengan skema warna umum bagi keseluruhan pengembaraan God of War dan turut diilhamkan oleh dunia mitologi Norse Midgard.

Bukan itu sahaja, DualSense ini dihiasi lagi dengan lambang beruang dan serigala di tengah yang mewakili Kratos dan Atreus.

Peminat GoW harus tahu bahawa ini adalah DualSense edisi terhad, yang bermakna peminat harus bertindak cepat untuk mendapatkannya. DualSense God of War Ragnarok ini akan dikeluarkan pada tarikh yang sama dengan game, iaitu pada 9 November. Pre-order pula akan bermula dalam tempoh masa dua minggu lagi, pada 27 September.

Bukan itu sahaja, trailer baru untuk God of War Ragnarok juga ditunjukkan, yang memfokuskan pada jalan cerita dan bagaimana Atreus nampaknya mengambil peranan lebih penting dalam kisah.

Pada masa yang sama, ia menunjukkan persekitaran dengan lebih mendalam, musuh kita bakal hadapi, beberapa watak baru, pertarungan Kratos dan Thor, dan adegan terakhir menunjukkan Atreus menembak matahari bersama Fenrir dan Kratos di sisi.

Banyak lagi tentang gameplay umum masih belum diceritakan, tetapi Sony pasti akan memberitahu dalam masa terdekat memandangkan tarikh pelancaran game semakin dekat.

God of War Ragnarök akan tiba di PS4 dan PS5 pada 9 November 2022. Pastikan korang pre-order untuk dapatkan bonus tambahan! Untuk segala liputan kami tentang God of War, sila tekan pautan ini.

Tags: DualSense
Previous Post

Project Eve kini digelar Stellar Blade, akan tiba di PS5 pada tahun 2023!

Next Post

Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion Akan Lancar Pada 13 Disember Ini di Pelbagai Platform!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion Akan Lancar Pada 13 Disember Ini di Pelbagai Platform!

Crisis Core: Final Fantasy 7 Reunion Akan Lancar Pada 13 Disember Ini di Pelbagai Platform!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd