Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony terus membuat PS4, tapi produksi Xbox One sebenarnya ditamatkan sejak 2020

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 14, 2022
in Artikel, Berita, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Sony terus membuat PS4, tapi produksi Xbox One sebenarnya ditamatkan sejak 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, kami melaporkan bahawa Sony merancang untuk membuat lebih banyak PS4 (lebih kurang sejuta unit) disebabkan kekurangan PS5. Pesaing terbesarnya Microsoft, pula mempunyai rancangan lain dan nampaknya telah menamatkan produksi untuk semua konsol Xbox One sejak tahun 2020.

scoop: Microsoft quietly discontinued all Xbox One consoles at the end of 2020. As Sony continues to build PS4s in 2022, Xbox Series X / S were the only Xbox consoles manufactured over the past year. Details: https://t.co/bAAIY3q649 pic.twitter.com/ONZznhHxmZ

— Tom Warren (@tomwarren) January 13, 2022

Menurut Tom Warren, ini bukan berita palsu. Mengikut penjelasannya, Microsoft ingin menghentikan produksi Xbox One X dan Xbox One S (digital) secara berperingkat sebelum melancarkan Xbox Series X. Selepas itu semua selesai, mereka kemudian akan berhenti menghasilkan Xbox One S secara senyap-senyap.

Sebagai respon, Cindy Walker selaku pengarah kanan pemasaran produk konsol Xbox berkata: “Untuk menumpukan pada pengeluaran Xbox Series X/S, kami menghentikan pengeluaran untuk semua konsol Xbox One menjelang akhir tahun 2020.”

Xbox One & PS4

Ramai tahu bahawa Xbox One menghadapi masalah untuk menyaingi populariti PS4. Menurut Niko Partners, seluruh sistem Xbox One (termasuk varian-nya) dijual sebanyak kira-kira 56 juta unit. Jumlah ini sebenarnya kurang daripada separuh berbanding jumlah jualan PS4. Mujurlah Microsoft menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam generasi semasa dan berjaya membuahkan hasil dengan Xbox Series X dan Xbox Series S yang berharga lebih murah.

Despite supply issues, Xbox Series X/S is Microsoft's best-selling hardware  generation to date | VG247
Xbox Series X/S

Secara lebih khusus, Xbox Series S lebih popular di kalangan gamer kerana jumlah bekalan dapat memenuhi permintaan dan ia menawarkan cara untuk pemain beralih ke gen baru memandangkan Xbox Series X dan PS5 sangat susah untuk diperolehi. Mungkin dengan menghentikan produksi Xbox One, Microsoft dapat menyakinkan gamer baru untuk mencuba konsol Xbox Series X/S di pasaran berbanding membeli konsol lama yang mereka tidak ingin fokus

Apa pendapat korang? Patut ke mereka buat gitu?

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2020MicrosoftXbox One
Previous Post

Pembangun PUBG Mobile menyaman Apple, Google dan Garena kerana klon game!

Next Post

Hitman Trilogy akan dilancarkan pada 20 Januari 2022 di pelbagai platform!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!
Filem

Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!

June 25, 2025
NTE Umum Closed Beta Test Baru pada 3 Julai, Gameplay Ala GTA Turut Diperkenalkan
Beta

NTE Umum Closed Beta Test Baru pada 3 Julai, Gameplay Ala GTA Turut Diperkenalkan

June 25, 2025
POCO F7 Kini Di Malaysia, Harga Early Bird Bermula RM 1,599!
Smartphone

POCO F7 Kini Di Malaysia, Harga Early Bird Bermula RM 1,599!

June 25, 2025
Next Post
Hitman Trilogy akan dilancarkan pada 20 Januari 2022 di pelbagai platform!

Hitman Trilogy akan dilancarkan pada 20 Januari 2022 di pelbagai platform!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd