Kepada pemilik dan pemain PSVR, tentu selama ini anda memainkan games VR anda tanpa realisasi kawalan menggunakan kaki. Semua ini bakal berubah kerana Sony telah memberikan perincian 3dRudder yang bakal berada di pasaran Jun ini.
Peranti ini; dimana sebelum ini sudah pun berada di platform PC, memiliki penampilan seperti sebuah Roomba yang dibesarkan dan mempunyai logo Playstation diatasnya. Ianya di cipta untuk menggerakkan game PSVR dengan menekankan kaki anda ke arah yang ingin dituju. Semakin kuat di tekan, semakin laju pergerakan anda. Oleh sebab ini, ianya dikatakan “life-like motion”.
Satu posting di Playstation Blog mengatakan pergerakan lurus, berlari sambil mengambilk selekoh dan berhenti ketika bila anda mahu; semuanya boleh dilakukan dengan mudah.
Tanpa sebarang butang, nampaknya kawalannya akan bergantung sepenuhnya dengan kaki. Kaki boleh digunakan untuk mengelak serangan yang datang memberikan kebebasan kepada tangan untuk menumpukan kepada serangan balas; sambil mengilas kehadiran musuh lain.
3dRudder ini bakal menyokong 35 games apabila ianya dilancarkan untuk PS4 pada 17 Jun nanti, ini termasuklah game Red Matter, Undead Citadel dan Ultrawings VR. Harganya pula sekitar GBP£119 (MYR634.59).
Senarai penuh sokongan game untuk peranti ini boleh didapati di posting Playstation Blog yang sama.
Sumber: Eurogamer.net
@gamersantaimy
Discussion about this post