Team Meat telah mengumumkan yang Super Meat Boy Forever, tidak akan dikeluarkan pada tarikh asal yang disasarkan. Ianya ditangguhkan kerana permainan tersebut memerlukan lebih masa untuk pembangunan dan sah ianya akan terlepas keluaran bulan April ini.
Tetapi, dalam membuat pengumuman penangguhan tersebut, mereka sempat menyelitkan sedikit unsur sindiran:
We're almost done, but not quite there yet. pic.twitter.com/vm7q10Xd0n
— Team Meat (@SuperMeatBoy) April 4, 2019
Kepada yang tidak dapat menangkapnya, Evil A**hat Corporation memiliki huruf awal E dan A. Sememangnya ini bukan satu kebetulan. Kenyataan ini dibuat sejajar dengan kekecohan berkenaan keadaan satu anak syarikat Electronic Arts, iaitu BioWare.
Dikatakan peminat Super Meat Boy tidak akan begitu terkesan dengan penangguhan ini, dan mereka mungkin boleh menunggu penambahan sebulan lagi atau pun lebih untuk menantikan kemunculan Meat Boy, Bandage Girl dan Dr. Fetus.
Super Meat Boy Forever bakal tiba tidak lama lagi untuk Switch, PC, PS4, Xbox One dan peranti mudah alih.
Sumber: gamerant.com
@gamersantaimy
Discussion about this post