Seorang pengumpul permainan video arked era 70an dan 80an; John Loftis dari Oklahoma telah kehilangan 4 unit kabinet arked yang dicuri daripada rumahnya, oleh pencuri yang tidak diketahui.
Pada awalnya John merasakan permainan arked tersebut tidak akan dijumpai sama sekali, tetapi ianya berubah setelah dia menerima satu panggilan daripada seseorang yang mendakwa penjual permainan video arked. Dan seperti diduga, ianya adalah permainan arked yang dicuri dari rumahnya.
John mengaturkan pertemuan dengan pencuri tersebut iaitu Perry Don Ingle dan Candi Bailey di sebuah hentian lori di Moore, Oklahoma. Pihak polis pula yang telah bersedia pula terus menangkap kedua mereka sejurus sampai untuk membuat penjualan haram tersebut. Mesin arked tersebut telah disimpan di dalam lori dan namanya pula tidak diberitahu.
Salah seorang daripada mereka iaitu Candi pula ditangkap dengan tuduhan tambahan dadah, dimana sesuatu yang tidak mengejutkan John.
Kecurian permainan video bukanlah sesuatu yang baru, sebelum ini terdapat banyak cara kreatif mencuri game, contohnya seorang lelaki yang menggunakan penimbang buah untuk memperdaya mesin layan diri untuk menjualnya sebuah PS4 baru dengan harga USD$10.
Tetapi, kadangkala permainan video curi ini digunakan dengan baik, contohnya apabila ianya tidak boleh dijual; kadangkala ianya didermakan di tempat awam seperti hospital kanak-kanak, seperti yang terjadi di Perancis tahun lepas.
Ini adalah kesudahan yang baik untuk permainan video tersebut, daripada ianya ditinggalkan di bilik bukti pihak polis.
Sumber: gamerant.com
@gamersantaimy
Discussion about this post