Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony mengadakan beberapa rancangan perniagaan baru untuk PlayStation

Amir Haziq by Amir Haziq
May 26, 2021
in Artikel, Berita, Mobile, Platform
0 0
0
Sony mengadakan beberapa rancangan perniagaan baru untuk PlayStation
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Sony telah mengadakan sebuah Corporate Strategy Meeting dan, pertemuan ini telah diketuai oleh Pengerusi, Presiden dan CEO Sony Group Corporation, iaitu Kenichiro Yoshida. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai rancangan mereka untuk perniagaan PlayStation. Terdapat beberapa perkara yang telah dirancang oleh mereka untuk pengguna Sony pada masa akan datang.

Memperluaskan PlayStation IP ke filem dan TV

Antara perkara yang dibincangkan oleh CEO tersebut ialah, PlayStation Production sedang memberi tumpuan untuk memperluaskan IP PlayStation ke filem dan TV. Beliau menyatakan, pasukan PlayStation Production sedang bekerjasama dengan produksi filem dan televisyen di Sony Pictures. Buat masa ini, salah satu game mereka, iaitu Uncharted sedang dalam pembikinan untuk dijadikan sebagai filem, dan menggunakan kerjasama antara Sony Pictures dan Sony Music untuk memaksimumkan nilai IP mereka.

Gabungan Sony AI dalam PlayStation

Sony telah mula membangunkan Sony AI sejak tahun lalu, bagi menggabungkannya dengan game PlayStation melalui “game AI agent“. AI ini berfungsi untuk memudahkan pemain konsol Sony berkolaborasi atau menjadi lawan dalam game.

Mengukuhkan PlayStation Network & Now untuk mengembangkan komuniti

Yoshida turut mengesahkan bahawa Sony telah membuatkan pelaburan yang agresif untuk studio first-party mereka dan meneruskan hubungan baik dengan studio third-party. Sony ingin mendapatkan kandungan yang lebih menarik untuk komuniti gamer dengan memperkuatkan lagi hubungan mereka dengan studio dan pembangun third-party. Mereka juga membuat pelaburan yang besar untuk mengembangkan lagi kandungan di studio first party dan menarik bakat-bakat baru untuk menyertai studio tersebut.

Menjadikan PlayStation lebih sosial

Selain itu, Yoshida menyatakan Sony ingin menjadikan PlayStation sebagai sebuah platform yang lebih sosial. Mereka sedang berusaha untuk menyediakan perkhidmatan, mobile dan arena sosial bagi memperluaskan lagi pengalaman pengguna PlayStation.

Membawa pemain PlayStation ke game mobile

Dengan kebanyakan IP first-party untuk PlayStation, Sony bercadang untuk menghasilkan game mobile bagi permainan AAA mereka dan menyediakan perkhidmatan langsung. Mereka akan melaksanakan rancangan tersebut melalui kerjasama dengan beberapa francais yang belum diumumkan buat masa ini. Malah, dengan beberapa kejayaan awal hasil dari eksperimentasi Sony dalam menghasilkan game mobile dan aplikasi sebelum ini, mungkin akan menjadi petunjuk bahawa ianya bakal tiba di pasaran tidak lama lagi.

Sumber: Twinfinite

Tags: playstationSony
Previous Post

Rockstar Games bergabung dengan CircoLoco bikin label rakaman sendiri

Next Post

Tarikh pelancaran Pokemon Brilliant Diamond & Shining Pearl ditetapkan pada November 2021!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Tarikh pelancaran Pokemon Brilliant Diamond & Shining Pearl ditetapkan pada November 2021!

Tarikh pelancaran Pokemon Brilliant Diamond & Shining Pearl ditetapkan pada November 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd