Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rockstar Games bergabung dengan CircoLoco bikin label rakaman sendiri

Label rakaman gabungan mereka ini diberi nama CircoLoco Records

Amir Haziq by Amir Haziq
May 25, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PC, Platform
0 0
0
Rockstar Games bergabung dengan CircoLoco bikin label rakaman sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

Sebut sahaja Rockstar Games, mesti korang terus terbayang game Grand Theft Auto atau lebih mesra dipanggil GTA kan? Rockstar Games merupakan pembangun kepada francais game GTA sejak dari siri yang pertama pada tahun 1997 sehingga sekarang, iaitu GTA V. Bila main je game ni, korang tak akan pernah bosan dengan lagu-lagu yang ada dalam GTA, tak kira la masa memandu ataupun berjalan-jalan di kaki lima tunggu masa nak pukul orang awam.

Untuk pengetahuan korang semua, Rockstar Games telah bekerjasama dengan sebuah label muzik, iaitu CircoLoco bagi menghasilkan pelbagai stesyen radio dan lagu yang ada dalam GTA sejak dari siri yang pertama. Setelah kerjasama yang sudah lama terjalin ini, Rockstar Game kini memasuki industri label rakaman bersama CircoLoco dan menamakannya sebagai CircoLoco Records.

CircoLoco berpusat di Ibiza, Sepanyol, dan telah menjadi muzik tarian underground di tempat terkenalnya, iaitu DC10 yang sentiasa mengadakan showcase muzik tarian dari seluruh dunia. Rekod ini telah aktif sejak hujung tahun 90an lagi, dan terkenal dengan rancangan radio mingguan pada Isnin malam untuk mempamerkan artis muzik tarian underground. Selain bekerjasama dengan Rockstar Games, CircoLoco juga bekerja dengan ramai artis yang ditampilkan di DC10 dan After Hours.

Di samping itu, CircoLoco Records sedang dalam perancangan untuk melancarkan beberapa buah EP baru yang menampilkan kompilasi artis baru dalam label tersebut. EP pertama akan dilancarkan pada 4 Jun nanti bertajuk Monday Dreamin’ yang menampilkan Sama’ Abdulhadi, Kerri Chandler, Rampa, dan Seth Troxler. Namun, label ini masih belum mendedahkan maklumat penuh mengenai pelepasan EP lain, walaupun RockStar dan CircoLoco telah mendedahkan nama-nama artis yang akan ditampilkan dalam setiap EP dan kompilasi mereka.

https://twitter.com/circolocoibiza/status/1396817801822851077?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1396817801822851077%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fgamerant.com%2Frockstar-games-record-label-circo-loco%2F

Rockstar Games dan CircoLoco mempunyai jalinan hubungan yang baik antara mereka. CircoLoco memuji sikap dedikasi Rockstar Games dalam menguruskan acara serta tarian muzik dalam GTA, sementara Rockstar memuji komitmen CircoLoco untuk memfokuskan muzik tanpa mengira genre. Bagi peminat muzik underground dan siri GTA, ini ibarat kombo yang sangat terbaik, sama ada di dalam kelab dan juga dalam game.

Selain memilih artis berkualiti untuk masa depan label, CircoLoco Records menyatakan bahawa mereka amat komited untuk memperjuangkan artis muzik tarian yang berfikiran terbuka untuk maju. Nampaknya Rockstar Games dan CircoLoco bukan sahaja mahu mengeluarkan album. Malah, mereka ingin mencipta jenama yang progresif dalam industri muzik.

Jangan lupa untuk mendengar EP pertama CircoLoco, Monday Dreamin‘ yang akan mula dilancarkan pada 4 Jun 2021 di platform siaran muzik. Untuk yang berminat membaca liputan kami mengenai Rockstar Games, tekan sahaja pautan ini.

Tags: CircoLocoCircoLoco Recordsgrand theft autorockstar games
Previous Post

Shin Megami Tensei® III Nocturne HD Remaster kini tersedia di PS4, Switch dan Steam!

Next Post

Sony mengadakan beberapa rancangan perniagaan baru untuk PlayStation

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Sony mengadakan beberapa rancangan perniagaan baru untuk PlayStation

Sony mengadakan beberapa rancangan perniagaan baru untuk PlayStation

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd