Sony Interactive Entertainment (SIE) telah menandatangani perjanjian bersama Firewalk Studio sebagai rakan penerbit untuk permainan multiplayer AAA baru. Projek ini akan menjadi permainan pertama untuk Firewalk studio yang ditubuhkan oleh Tony Hsu bersama pasukan yang pernah membangunkan Mass Effect dan Apex Legends. Pengumuman mengenai kerjasama ini telah dikongsi Tony Hsu di PlayStation Blog.
“Kami telah memulakan Firewalk Studio pada tahun 2018. Sebagai studio AAA next-gen dan sebahagian daripada keluarga ProbablyMonsters, kami telah mengumpulkan pasukan terbaik untuk menghasilkan projek ini. Semua di sini mempunyai minat dalam permainan dan seni. Pepatah kami di studio Firewalk ialah untuk membina pasukan yang hebat, dan membina permainan yang hebat. Pasukan operasi dan infrastruktur bertaraf dunia dari ProbablyMonsters membolehkan kami memberi tumpuan untuk melakukan kerja dengan lebih baik.” Kata Tony di PlayStation Blog.
“Hari ini, kami amat gembira untuk umumkan kerjasama Firewalk bersama Sony Interactive Entertainment untuk menghasilkan permainan multiplayer AAA terbaru. Bagi pasukan kami, peluang untuk mencipta dunia baru,dan memberi inspirasi kepada pengalaman yang lebih menakjubkan untuk pemain di seluruh dunia, adalah sebab kami terus maju. Pasukan PlayStation sangat menyukai dan menghormati media permainan, dan mempunyai kepakaran serta kemampuan terbaik di dunia untuk membantu mewujudkan impian besar tersebut.” Tambah Tony.
“kami telah bekerja keras dalam pembangunan dan seronok bermain permainan kami sebagai satu pasukan. Malah, pasukan kami terus berkembang sepanjang tahun yang mencabar ini, ianya tugas harian kami untuk memberikan keseronokan dan hubungan yang baik bersama krew. Matlamat kami adalah untuk memberikan kegembiraan yang sama kepada pemain, dan kami tidak sabar untuk berkongsi kerja ini apabila tiba masanya.” Ucapan Tony di blog.
Ketua Pengarah Eksekutif SIE, Jim Ryan telah membuat pelaburan yang besar dalam pembuatan perisian first-party, dan PS5 akan dijadikan tempat untuk lebih banyak permainan eksklusif berbanding konsol sebelum ini. Syarikat ini juga telah membiayai IP baru dari studio AAA yang baru ditubuhkan oleh Jade Raymond dari Stadia.
@gamersantaimy
Discussion about this post