Hari ini, Sony Corporation mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian global jangka masa panjang dengan Fnatic Ltd untuk mencipta produk peralatan gaming khas INZONE, bagi pemain esports dan kompetitif.
INZONE merupakan niat Sony untuk mencipta “peralatan gaming berevolusi” yang bantu membawa kemenangan kepada pemain dalam perlawanan paling kompetitif dengan menggabungkan kepakaran Sony dalam kualiti imej dan bunyi. Diuji sendiri oleh pemain profesional Fnatic, kualitinya sepatutnya terjamin mengikut piawaian esports.

Khususnya, pasukan pembangunan produk Sony akan bertukar pendapat tentang konsep produk, prestasi, dan teknologi dengan pemain profesional dari Fnatic. Pada mulanya, pemain profesional Fnatic akan menjalankan ujian produk yang ketat untuk produk INZONE (yang masih dalam fasa percubaan), di mana Sony akan menambah baik bahagian yang diperlukan, berdasarkan pendapat profesional mereka.
Selain itu, Sony juga akan menghasilkan kandungan dalam talian bersama Fnatic untuk komuniti gaming, untuk memberikan pengalaman unik kepada semua gamer. Buat masa ini, rancangan itu tidak didedahkan tetapi nantikan info lanjut daripada Fnatic.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2004, Fnatic telah mengendalikan banyak pasukan esport profesional di London, Berlin dan Tokyo, sehingga memenangi banyak kejohanan antarabangsa. CEO Fnatic, Sam Mathews berkata:
“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan INZONE ke dalam keluarga Fnatic sebagai rakan kongsi jangka panjang organisasi kami.”
“Semasa perbincangan awal, ia menjadi jelas betapa kukuhnya ikatan antara jenama kami; bersama peneraju inovasi dalam teknologi Sony dan warisan 18+ tahun kami sebagai peneraju dunia dalam esports dan prestasi gaming.”
“Bersama, kita berharap untuk menarik penonton, dan menolak sempadan dalam kedua-dua pembangunan produk melalui pemain bertaraf dunia kami dan perkembangan jenama INZONE secara global melalui peminat kami yang melebihi 30+ juta seluruh dunia.”

Ketua Unit Perniagaan Hiburan Peribadi Sony Corporation, Hiroshi Nakamura berkata:
“Dengan gabungan teknologi visual dan audio Sony yang canggih serta kepakaran Fnatic yang tiada tandingan, kami sedang merekayasa pelbagai inisiatif dengan Fnatic seperti mencipta peralatan gaming dan pengaktifan kandungan, yang menambah dimensi baharu kepada kehidupan gaming.”
Hala tuju Sony ialah “merapatkan diri dengan orang ramai”, dan dalam konteks ini, merapatkan diri dengan komuniti gaming. Kami dengan ikhlas ingin memberi tenaga dan menyokong komuniti gaming melalui kerjasama ini, sebagai ahli keluarga Fnatic.”

Untuk membaca segala berita kami tentang produk Sony INZONE, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post