Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SONY akan menghasilkan filem LIVE-ACTION One-Punch Man!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 22, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Bimbingan, Filem, Manga
0 0
0
SONY akan menghasilkan filem LIVE-ACTION One-Punch Man!
Share on FacebookShare on Twitter

Kami di Gamer Santai telah dapat tahu bahawa siri terkenal One-Punch Man akan menerima adaptasi live-action Hollywood! Sony Pictures akan mengadaptasi siri ini kepada sebuah filem bersama bantuan penulis Venom untuk memperkenalkan dunia Saitama dalam cara yang baru.

Scott Rosenberg dan Jeff Pinkner (Jumanji: The Next Level, Venom) telah diberi tugas untuk menulis skrip untuk One-Punch Man manakala Avi Arad dan Air Arad daripada Arad Productions (Spider-Man, Iron Man, X-Men) akan memantau projek ini yang masih dalam pembangunan.

Scott Rosenberg (kiri) & Jeff Pinkner (kanan)

Dicipta oleh ONE pada 2009, One-Punch Man bermula sebagai web-comic yang mengisahkan seorang hero bernama Saitama. Hero botak itu nampaknya seperti lelaki biasa, tetapi dia sebenarnya adalah orang terkuat di dunia. Dengan kemampuan untuk mengalahkan musuh dengan satu tumbukan, Saitama hanya ingin mencari musuh yang cukup kuat untuk mencabarnya.

Siri ini menjadi semakin popular setelah artis Yusuke Murata melukiskan versi manga. Seterusnya, musim pertama One-Punch Man yang dihasilkan oleh Madhouse telah memulakan tayangan pada 2015 dan menerima sambutan yang meriah. Musim kedua anime kemudian diwariskan kepada J.C. Staff tetapi gagal menarik perhatian peminat kerana animasinya yang kurang kemas.

Pengumuman rasmi tentang projek ini masih belum didedahkan, tetapi ia adalah salah satu daripada beberapa adaptasi anime dalam pembangunan. Hollywood mempunyai rancangan yang besar untuk Cowboy Bebop dan One Piece di Netflix manakala adapatasi filem untuk Naruto masih diperdebatkan. Pada satu masa dahulu, Akira juga sedang dalam proses pembikinan dengan Taika Waititi sebagai pengarah, tetapi projek itu telah dibatalkan.

Apa pendapat anda? Adakah projek ini akan berjaya? Bolehkah mereka mengubah Saitama ke versi live-action? Kita hanya boleh tunggu dan lihat sahaja. Untuk segala berita tentang One-Punch Man, sila klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animefilemmangaOne Punch ManSaitamaSony
Previous Post

Lebih daripada 100+ episod Sailor Moon boleh ditonton secara PERCUMA di YOUTUBE!

Next Post

Crash Bandicoot Mobile tiba-tiba dah hadir kat Google Play Store lah! Jom muat turun sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Crash Bandicoot Mobile tiba-tiba dah hadir kat Google Play Store lah! Jom muat turun sekarang!

Crash Bandicoot Mobile tiba-tiba dah hadir kat Google Play Store lah! Jom muat turun sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd