Siri Sonic the Hedgehog baru di Netflix, Sonic Prime, kini telah dedahkan tarikh keluaran. Ia akan keluar pada 15 Disember setelah disahkan oleh Netflix minggu ini dan sinopsis baru telah dikongsi untuk menawarkan butiran lanjut tentang siri ini.
Tarikh keluaran siri ini telah didedahkan oleh Netflix bersama beberapa poster watak baru dan anda berpeluang untuk melihat trailer baru yang dikeluarkan di akaun rasmi Netflix After School. Siri ini akan mengisahkan tentang Sonic dan rakan-rakannya berlawan dengan antagonis terkenal dalam francais, Dr. Eggman.
Berikut adalah sinopsis ringkas untuk Sonic Prime berdasarkan trailer terbaru:
Pengembaraan Sonic the Hedgehog bertambah padat dengan aksi apabila dia dan rakan-rakannya bertembung dengan Dr. Eggman. Pertemuan mereka mengakibatkan peristiwa yang benar-benar menghancurkan alam semesta.
Terdesak untuk menyatukan realiti utama dan menyelamatkan kawan lamanya, Sonic berlari melalui Shatterverse. Di sana, dia menemui dunia yang pelik dan mendapat rakan baru dalam pengembaran paling epik seumur hidupnya!
Dalam salah satu pengumuman sebelum ini, Netflix mengesahkan bahawa Deven Mack akan menjadi lakon suara untuk Sonic bersama-sama rakan artisnya yang mempunyai peranan lain iaitu Ashleigh Ball, Shannon Chan-Kent, Brian Drummond, Vincent Tong, Ian Hanlin, Kazumi Evans dan Adam Nurada. Siri ini tiada kaitan dengan filem yang dikeluarkan oleh Paramount.
Sementara menunggu siri ini, peminat Sonic boleh bermain Sonic Frontier yang akan dikeluarkan pada 8 November ini. Anda boleh baca ulasan kami tentang game tersebut di sini.
Seperti yang dikhabarkan, siri animasi Sonic Prime ini akan mempunyai 24 episode kesemuanya di Netflix tetapi akan disediakan secara set dan hanya 8 episod sahaja yang akan tersedia nanti. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Sonic daripada kami, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post