Sejak diumumkan pada 2017, Skull & Bones telah mengalami banyak perubahan besar di sebalik tabir, yang memaksa Ubisoft untuk menangguhkan projek beberapa kali. Hari ini, Ubisoft sekali mengumumkan bahawa Skull & Bones terpaksa ditunda pada bulan Mac 2023.
Tarikh keluaran 8 November untuk Skull & Bones telah dibuang, dan kini game itu akan dikeluarkan pada 9 Mac 2023, tambahan empat bulan lagi. Platform yang disokong tidak mengalami apa-apa perubahan di mana game akan tersedia untuk Xbox Series X|S, PlayStation 5, dan Windows PC melalui Epic Games Store dan Ubisoft Store.
Ubisoft menjelaskan bahawa mereka terpaksa mengubah tarikh keluaran Skull and Bones supaya game boleh ditambah baik dan diseimbangkan sebelum hari pelancaran. Dengan tambahan masa ini, ia membolehkan Ubisoft untuk menyampaikan “pengalaman terbaik mungkin” kepada para gamer.
Namun, tidak semua berita sedih. Walaupun kita terpaksa menunggu hingga tahun 2023 untuk bermain Skull and Bones, peminat mungkin akan mendapat peluang untuk mencuba game pada tahun ini.
Ubisoft mengesahkan bahawa open beta Skull & Bones akan diadakan “dalam masa terdekat”, di mana maklumat lanjut tentang pendaftaran dan seumpamanya akan didedahkan “tidak lama lagi”. Jadi jangan risau!
Berikut adalah rumusan tentang game:
Game kapal lanun Skull & Bones membolehkan pemain meneroka Lautan Hindi versi fiksyen semasa Zaman Keemasan Lanun – dan memperoleh keuntungan daripada perdagangan rempah, sutera dan lain-lain.
Memfokuskan pada aspek multiplayer, kami bermula sebagai lanun “level rendah” yang ingin menjadi lanun paling terkenal di laut di mana satu-satunya cara adalah untuk “menguasai laut”.
Skull and Bones akan dilancarkan pada 9 Mac 2023 untuk PC, PS5, dan Xbox Series. Untuk membaca segala liputan kami tentang game ini termasuk preview awal dan temu ramah eksklusif bersama pengarah, sila tekan SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post