Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Skrip sudah siap! Penggambaran One Piece live-action mula hujung 2020!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 20, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Skrip sudah siap! Penggambaran One Piece live-action mula hujung 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri One Piece live-action di Netflix sedang dalam pembikinan, dan producer di sebalik adaptasi baru ini sudahpun memberi sedikit gambaran tentang para pelakon dan skala projek tersebut. Diumumkan pada beberapa tahun lepas, produksi akhirnya maju pada awal tahun ini. Netflix bekerjasama dengan Tomorrow Studios untuk siri 10 episod yang mengadaptasi kisah East Blue daripada manga oleh Eiichiro Oda. Producer untuk siri ini, Marty Adelstein, baru-baru ini bercakap dengan Syfy tentang projek live-action One Piece dan mendedahkan rancangannya.

Marty Adelstein

Adelstein mendedahkan bahawa penggambaran untuk siri ini dijadualkan untuk bermula pada bulan Ogos ini, tetapi kemungkinan besar akan ditunda kerana wabak COVID-19.

“Kita sepatutnya memulakan penggambaran pada bulan Ogos ini di Cape Town, Afrika Selatan. Kami menjangkakan tarikh penggambaran baru akan bermula selewat-lewatnya September. “

Adelstein juga bercakap tentang sejauh mana projek ini telah maju dengan menyatakan bahawa penulisan skrip sudah siap pada saat ini, dan sesi mencari pelakon juga akan mula tidak lama lagi.

“Secara kasar, kami mempunyai semua 10 skrip yang ditulis. Jangkaan saya untuk casting adalah 1 Jun. Kami mempunyai banyak cadangan nama, dan produksi sepatutnya bermula pada September.”

Bagi peminat yang risau dengan adapatasi live-action untuk One Piece, Adelstein mengesahkan bahawa pasukan bekerjasama rapat dengan pencipta siri Eiichiro Oda sambil menyatakan bahawa ia akan menjadi lebih besar daripada projeknya sekarang, Snowpiercer.

“Kami bekerjasama rapat dengan Sensei Oda. Projek ini sangat besar. Maksud saya, Snowpiercer adalah produksi yang besar tetapi ini jauh lebih besar lagi.

Netflix pada masa ini belum menetapkan tarikh keluaran untuk siri live-action One Piece, tetapi anda semua boleh mengharapkan berita baru pada minggu-minggu akan datang.

Tags: animelive actionmanganetflixone piece
Previous Post

Sebanyak 50 hadiah bernilai RM50,000 untuk dimenangi! Sertai peraduan Casio G-Shock sekarang!

Next Post

Alunan Rentak diteruskan dengan Sony’s WH-CH710N Noise Cancelling Headphones terbaru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Alunan Rentak diteruskan dengan Sony’s WH-CH710N Noise Cancelling Headphones terbaru!

Alunan Rentak diteruskan dengan Sony’s WH-CH710N Noise Cancelling Headphones terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd