Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sistem Kemas Kini Nintendo Switch Versi 8.0.0 Kini Hadir!

Dah boleh update guys...

Nyny.A by Nyny.A
April 16, 2019
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Sistem Kemas Kini Nintendo Switch Versi 8.0.0 Kini Hadir!
Share on FacebookShare on Twitter

Kemas kini firmware baru untuk Nintendo Switch sudah pun tiba, kali ini dikatakan perubahan yang agak besar dan lebih menarik. Yang paling tertarik untuk kemas kini Nintendo Switch versi 8.0.0 adalah menjimatkan pemindahan antara konsol Switch dan keupayaan untuk menyusun permainan anda dalam pelbagai cara.

Image result for nintendo switch update

Nintendo Switch versi 8.0.0 memperkenalkan keupayaan untuk memindahkan data simpan antara Konsol Switch. Korang boleh melakukan ini dengan menuju ke Tetapan Sistem> Pengurusan Data> Pindah Simpan > Simpan (System Settings > Data Management > Transfer Your Save > Save). Satu perkara penting untuk perhatian korang ialah setelah memindahkan data penyimpanan, ia akan dipadamkan dari konsol asalnya, yang dikenali sebagai sistem sumber (Source System).

Image result for nintendo switch update

Bagi ciri pengasingan (sorting feature), ciri ini membolehkan korang menyusun permainan terakhir, masa dimainkan, nama permainan, dan penerbit dengan senang. Selain itu yang menjadi perhatian kemas kini ini adalah korang dapat menggunakan ciri “zoom” untuk melihat paparan dengan lebih besar atau dekat. Caranya korang boleh tekan butang “Home” dua kali.

Di samping itu, Nintendo juga telah menambah 15 ikon pemain baru dari Splatoon 2 dan Yoshi’s World Crafted.

Image result for 15 new icon in nintendo switch

Jadi disini adalah ‘patch note’ yang telah dikemas kini pihak Nintendo;

  • Ciri Perisian Susun boleh didapati selepas memilih untuk melihat semua serisian dari menu HOME
    • Perisian boleh disusun mengikut masa terakhir dimainkan, jumlah masa main, tajuk perisian dan penerbit perisian
    • Pilihan Semua Perisian memaparkan terdapat 13 atau lebih ikon perisian pada Menu HOME
  • Pilihan Lihat Semua Berita Tersedia disedia di dalam Berita, membolehkan anda melihat semua item berita yang sedang diedarkan
    • Go to News > Channel List > View More
  • Pilih daripada 15 ikon baharu dari Splatoon ™ 2 dan permainan Yoshi’s World Crafted ™ untuk pengguna anda
    • Untuk mengedit ikon pengguna anda, pergi ke Halaman ‘My Page’ di sebelah kiri atas Menu HOME > Profil
  • Ciri untuk Memindahkan Data Simpanan kini tersedia, membolehkan anda memindah data simpanan untuk permainan individu antara sistem Nintendo Switch anda
    • Go to System Settings > Data Management > Transfer Your Save Data
    • Penyimpanan data tidak akan kekal di sistem sumber selepas proses pemindahan selesai
  • Ciri ‘Zoom’ boleh diaktifkan dari dalam Tetapan Sistem
    • Go to System Settings > System to turn Zoom ON
    • Setelah diaktifkan anda boleh menggunakannya dengan menekan butang Home sebanyak dua kali
  • Tersedianya pilihan untuk mencegah sistem daripada terbangun dari Mod Tidur apabila penyesuai AC diputuskan
    • Go to System Settings > Sleep Mode > Wake When AC Adapter is Disconnected
    • Ini juga terjadi apabila ‘undocking‘ konsol anda
  • Sekatan Mod VR (Visual 3D) dapat dikawal oleh ibubapa
    • Ini juga boleh didapati di aplikasi Kawalan Ibu Bapa Nintendo Switch melalui pembaruan yang lebih lama
    • Go to System Settings > Parental Controls
    • Tetapan ini boleh juga boleh ditukar dari dalam Nintendo Labo Toy-Con 04: VR Kit
  • Seleksi pemilihan wilayah kini ada untuk Hong Kong / Taiwan / South Korea
    • Go to System Settings > System > Region
  • Nama di tetapan yang diubah (Fungsi masih kekal sama)
    • Save Data Cloud Backup > Save Data Cloud
    • Transfer Your User and Save Data > Transfer Your User Data 

Pembaikan kestabilan sistem am untuk meningkatkan pengalaman pengguna.

Related image

Jadi korang jangan lupa untuk kemas kini Nintendo Switch korang dalam versi terkini ni ya!

Sumber: Gematsu; Nintendo

Tags: nintendo switchnintendo switch 8.0.0switch
Previous Post

Siapa yang berminat untuk wakil Malaysia dalam Fifa 19? Jom join PS4 FIFA 19 Asia Tournament!

Next Post

Pemain Minecraft mencipta semula dunia ‘Lord of The Rings’ dalam game!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Pemain Minecraft mencipta semula dunia ‘Lord of The Rings’ dalam game!

Pemain Minecraft mencipta semula dunia 'Lord of The Rings' dalam game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd