Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Fallout Sah Mendapat Season 2 Melalui Prime Video!

Maira by Maira
April 19, 2024
in Amazon Prime Video, Artikel, Berita, Movie/siri
0 0
0
Siri Fallout Sah Mendapat Season 2 Melalui Prime Video!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah mendapat sambutan hangat daripada penonton, siri Fallout dengan rasminya mendapat Season 2 oleh Amazon Prime Video. Diadaptasi daripada siri game terkenal oleh Bethesda, siri Fallout bakal kembali ke platform penstriman itu pada masa akan datang dengan musim baharu. Buat masa ini, masih tiada tarikh tayangan yang dijadualkan untuk musim baharu itu. Jadi nantikan pengumuman baru pada masa akan datang.

Sumber: Prime Video

Siri ini mengisahkan sebuah dunia apokaliptik yang hampir tiada apa-apa lagi untuk dimiliki. 200 tahun selepas hancurnya dunia, penduduk yang terselemat terpaksa tinggal di tempat perlindungan bawah tanah tetapi terpaksa untuk kembali ke permukaan yang pernah dihuni oleh nenek moyang mereka. Masing-masing terkejut apabila menemui dunia yang sangat kompleks, pelik dan sangat ganas yang menanti mereka.

Sumber: Prime Video

Dihasilkan oleh Amazon MGM Studios dan Kilter Films dengan kerjasama Bethesda Game Studios dan Bethesda Softworks, siri ini dibintangi oleh Ella Purnell, Walton Goggins, dan Aaron Moten. Barisan pelakon sokongan pula termasuk Moisés Arias, Kyle MacLachlan, Sarita Choudhury, Michael Emerson, Leslie Uggams, Frances Turner, Dave Register (Heightened), Zach Cherry, Johnny Pemberton, Rodrigo Luzzi, Annabel O’Hagan, dan Xelia Mendes-Jones.

Jonathan Nolan dan Lisa Joy masing-masing merupakan penerbit eksekutif siri dengan Nolan mengarahkan tiga episod pertama siri. Geneva Robertson-Dworet dan Graham Wagner pula berkhidmat sebagai pengeluar eksekutif, penulis dan pelakon bersama.

Sumber: Prime Video

Tidak sabar untuk melihat apa yang bakal diceritakan pada musim baharu nanti. Siri itu kini mencipta sejarah dengan menjadi salah satu tajuk yang paling banyak ditonton di Prime Video sejak The Lord of the Rings: Rings of Power. Ia juga mendapat skor sebanyak 94% di Rotten Tomatoes dengan pelbagai ulasan positif daripada penonton.

Bukan setakat itu sahaja, ramai juga yang mula mainkan semula game Fallout malah ia juga mendapat pemain-pemain baharu yang datang daripada kalangan penonton siri.

Sumber: Bethesda

Buat anda yang ingin menontonnya, bolehlah langgani Prime Video untuk menonton Fallout Season 1 sekarang sementara menunggu season 2 keluar nanti! Untuk mendapatkan segala berita mengenai siri TV atau filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: FalloutFallout Season 2
ShareTweetSend
Previous Post

Transformers One Dedahkan Trailer Pertama, Bakal Tayang Pada September 2024!

Next Post

Mecha BREAK Buka Pendaftaran Ujian Beta Tertutup! Bakal Diadakan Pada Hujung April Ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Mecha BREAK Buka Pendaftaran Ujian Beta Tertutup! Bakal Diadakan Pada Hujung April Ini!

Mecha BREAK Buka Pendaftaran Ujian Beta Tertutup! Bakal Diadakan Pada Hujung April Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd