Diumumkan semasa The Game Awards 2023, game Mecha BREAK telah menarik perhatian ramai peminat mecha serta peminat game aksi. Game mecha multiplayer yang berlaku di dunia sci-fi futuristik ini membawa pertarungan mecha epik dengan pelbagai gaya lawan dan penyesuaian mecha untuk pelbagai tempat. Nampaknya anda boleh mendapatkan peluang untuk mencuba game ini kerana ujian beta tertutup kedua Mecha BREAK telah pun diumumkan!
Ujian beta tersebut akan diadakan pada 26 April sehingga 29 April. Buat anda yang teringin untuk mencuba game ini, bolehlah daftarkan diri sekarang! Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendaftarkan diri. Terdapat beberapa soalan yang anda perlu jawab untuk lengkapkan pendaftaran tersebut.
Untuk pengetahuan anda, ujian beta Mecha BREAK ini tersedia untuk platform PC melalui Steam. Kalau anda dipilih untuk sertai sesi beta ini, anda akan mendapat emel rasmi daripada pembangun. Jadi masukkan alamat emel yang betul semasa mendaftarkan diri.

Tentang Mecha BREAK
Penuh dengan pertempuran pantas berteknologi tinggi, Mecha BREAK membawa pemain untuk memandu jentera mecha tersendiri sambil bertembung dengan musuh. Pemain akan sertai skuad tiga hingga enam pemain lain dalam mode game co-op 3v3 atau 6v6. Anda juga boleh turun ke medan pertempuran Mashmak 60-pemain dalam mode PvEvP yang akan tersedia semasa fasa ujian beta tertutup.

Pemain juga akan memandu mecha tersendiri sambil bertarung di darat mahupun udara. Mecha akan dilengkapi dengan pelbagai senjata, casis dan warna yang boleh disesuaikan mengikut cita rasa pemain. Dengan barisan pilihan ini, mecha boleh digunakan untuk pelbagai fungsi dan gaya bermain, seperti fast-moving scout dan banyak lagi. Tidak kiralah kelas mech dan komposisi senjata, setiap jentera mempunyai gaya tersendiri untuk pemain.

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Cepat-cepat daftarkan diri untuk selami sedikit sebanyak pertarungan epik mecha ini! Untuk mendapatkan segala berita mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post