Uzumaki Naruto meluangkan banyak masa dan usaha untuk mencipta Rasengan sendiri, dan nampaknya teknik Rasengan lain telah membuat debut pertamanya di mana episod terbaru Boruto: Naruto Next Generations memberi pendedahan besar kepada peminat. Setelah berazam untuk menjadi lebih kuat, peminat menyaksikan Boruto mula mencipta Rasengan-nya sendiri, dan episod itu berakhir dengan penampilan penuh jutsu itu.
*Jutsu ini tidak pernah ditunjukkan di manga, jadi ia adalah jutsu “istimewa” hanya di anime*
Episod ini bermula dengan Boruto meyakinkan Kakashi untuk melatihnya setelah bertengkar dengan Deepa. Boruto dikalahkan dengan teruk semasa pertarungan bersama Kara, dan dia berjanji untuk bertambah kuat. Sudah tentu, itu bermaksud Boruto harus mencari guru baru, dan Kakashi sudi menolong anak muda itu dengan cara sama yang dilakukan olehnya untuk Naruto sebelum ini.
Lagipun, Kakashi juga lah yang mendorong Naruto untuk mencipta Rasengan versinya sendiri. Hokage ke-4 ini tidak mempunyai cukup masa untuk menyempurnakan Rasengan, tetapi Naruto berjaya mencapai kejayaan tersebut dengan bantuan Kakashi, Asuma, dan Yamato.
Seperti yang anda lihat di atas, Rasengan milik Boruto memang unik. Seperti ayahnya, Boruto menggunakan jutsu Kage Bunshin untuk memulakan Rasengan, dan kemudian masukkan chakra angin miliknya. Kombinasi itu mirip dengan Futon: Rasengan yang dibuat oleh Naruto, tetapi ada beberapa perbezaan besar.
Dengan Rasengan berwarna hijau, jutsu itu tidak berubah daripada segi saiz dan dapat dilemparkan seperti yang dibuat oleh Naruto. Jutsu berunsur angin ini juga menghasilkan letupan semasa impak, jadi ia menimbulkan kerosakan yang lebih besar berbanding Rasengan biasa. Walaubagaimanapun, jutsu Naruto dapat mengalahkan musuh dengan menghancurkan dalaman mereka daripada luaran. Rasengan milik Boruto mungkin dapat melakukan hal yang sama, tetapi kita harus menunggu apabila Boruto betul-betul menggunakannya.
@gamersantaimy
Discussion about this post