Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Animasi Castlevania: Nocturne Akan Mula Ditayangkan Pada 28 September!

safwan by safwan
July 27, 2023 - Updated on July 28, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Siri Animasi Castlevania: Nocturne Akan Mula Ditayangkan Pada 28 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri animasi yang dinantikan ramai peminat akhirnya ada tarikh tayangan. Netflix akhirnya keluarkan poster rasmi Castlevania: Nocturne yang akan ditayangkan bermula 28 September 2023.

It begins. Teaser trailer drops tomorrow. CASTLEVANIA: NOCTURNE premieres September 28th, only on Netflix. pic.twitter.com/G5MCLasyda

— Netflix Geeked (@NetflixGeeked) July 26, 2023

Siri animasi ini akan mengikuti seorang lelaki yang bernama Ritcher Belmont yang merupakan anak kepada Sypha dan Trevor Belmont. Dia telah mewarisi nama dan kebolehan vampire-hunting kedua ibu bapanya. Castlevania: Nocturne akan berlatarkan Revolusi Perancis pada tahun 1792 di mana Richter akan menentang raksasa jahat tidak kisah sama ada manusia ataupun demon.

Kredit: Netflix

Sebelum ini, Richter Belmont telah muncul buat pertama kalinya dalam dua game Castlevania yang paling terkenal iaitu Rondo of Blood dan Symphony of the Night. Dia yang dikatakan sebagai vampire-hunting terkuat dalam keturunan Belmont. Berikut adalah sinopsis rasmi Castlevania: Nocturne:

“Perancis, 1792 – kemuncak Revolusi Perancis. Di bahagian terpencil di barat Perancis, golongan bangsawan kontra-revolusioner telah menjalin pakatan dengan Vampire Messiah yang menakutkan, yang berjanji untuk ‘eat the sun’ dan melepaskan tentera vampire dan makhluk malam untuk menghancurkan revolusi dan memperhambakan manusia. Annette, seorang ahli sihir dari Caribbean, mencari Richter Belmont, keturunan terakhir dari keluarga pemburu vampire yang telah lama diceritakan, untuk mengetuai penentangan.”

Pada awalnya, terdapat satu konflik di mana Dracula telah menculik teman wanitanya, Annette. Bersama dengan Richter adalah adik perempuan Annette, Maria, yang akan memainkan peranan utama dalam acara Symphony of the Night.

Untuk pengetahuan anda, Castlevania: Nocturne merupakan spin-off kepada siri animasi Castlevania yang pernah dikeluarkan oleh Netflix pada tahun 2017 sebelum ini. Ia merupakan siri televisyen dark fantasy action yang mengisahkan tentang Trevor Belmont, Alucard dan Sypha Belnades ketika mereka sedang mempertahankan negara Wallachia daripada Dracula.

Kredit: Netflix

Castlevania: Nocturne bakal ditayangkan di Netflix bermula 28 September 2023.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

ShareTweetSend
Previous Post

Ingin Tonton Anime daripada Francais Fate? Boleh Lihat Panduan Ini!

Next Post

Game PS Plus Ogos 2023 – PGA Tour 2K23, Dreams, Death’s Door Game

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Game PS Plus Ogos 2023 – PGA Tour 2K23, Dreams, Death’s Door Game

Game PS Plus Ogos 2023 – PGA Tour 2K23, Dreams, Death’s Door Game

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd