Salah satu acara anime, komik dan game (ACG) besar di Malaysia, AniManGaki akan berlangsung tidak lama lagi! Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan untuk ke semua peminat anime mahupun game. Nampaknya Republic of Gamers (ROG) juga tidak melepaskan peluang untuk hadir ke AniManGaki 2023!
Melalui post rasmi Facebook, ROG akan turut serta memeriahkan AniManGaki 2023 di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC) pada 25 – 27 Ogos 2023.
Anda boleh lawati Booth #26 di acara tersebut untuk mengalami aktiviti menarik antara ROG dan Genshin Impact! Di booth tersebut, anda boleh cuba bermain Genshin Impact menggunakan peranti terbaru, ROG Ally. Anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah eksklusif ROG x Genshin Impact malah berpeluang untuk bertemu cosplayer kegemaran anda, Celineyan and Joann Miiao.

Tentang ROG Ally
Kalau anda tidak mengetahui tentang ROG Ally, merupakan peranti gaming handheld pertama ROG yang telah dilancarkan pada bulan Julai yang lalu. Ia didatangkan dengan AMD Ryzen APU dan mereka akan menggunakan AMD Ryzen Z1 sebagai CPU dan GPU untuk membolehkan anda memainkan game dalam prestasi yang memuaskan. AMD Ryzen Z1 lengkap dengan RDNA 3 di mana ia mampu memberikan pengalaman yang hebat.

Ia juga menerima Armoury Crate Special Edition yang mampu mengubahsuai prestasi ROG Ally dengan sangat pantas. Bukan setakat itu sahaja, ia juga boleh digunakan sebagai game launcher, in-game monitoring software, Aura sync dan banyak lagi. Mereka juga menyediakan 90 hari trial untuk Xbox Game Pass yang boleh memberikan anda akses kepada lebih banyak game. Daripada AAA sehingga ke game Indie.

Kami juga ada memberikan ulasan untuk peranti hebat ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kehebatan ROG Ally, jangan lupa untuk singgah ke Booth #26 di AniManGaki 2023!
Jangan lupa untuk mengikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita menarik tentang game, anime, filem dan banyak lagi!

@gamersantaimy
Discussion about this post