Perkhabaran baek untuk pemain Overwatch semua, bersiap sedia untuk proses reinstall client korang untuk patch yang bakal tiba tak lama lagi!
Aku cakap tak lama lagi macam konfiden je esok nak keluar. Pihak Blizzard sendiri pun tak ada release date lagi untuk patch ni, tapi diorang just nak kasi heads-up kepada pemain-pemain aka fans agar bersiap sedia (pekanya diorang ni kat fans diorang kan? *cough* Diablo Immortal…)
Diberitahu yang perubahan pada level asas akan dilakukan pada game client sendiri, dan jumlah perubahan kat back-end sangat banyak sampai nak patch on-top of the existing client tak memadai. Korang fikir camni la, instead of buat in-place install Windows 10 on top of Windows 7, korang kena format PC fresh..renyah la sikit tapi clean..
Ini merupakan pesanan khidmat komuniti daripada Blizzard, dia tak nak la sesape yang pakai 4G broadband kuota kena hentam camtu je sebab download patch diorang yang akan datang ni..
Thanks for the heads-up Blizzard! Yang ini summary patch terkini 1.29 in case korang tak tau..
@gamersantaimy
Discussion about this post