Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Silent Hill 2 Remake, peminat minta tukar adegan Pyramid Head!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 6, 2023
in Artikel, Berita, Game, Remake
0 0
0
Silent Hill 2 Remake, peminat minta tukar adegan Pyramid Head!
Share on FacebookShare on Twitter

Silent Hill 2 Remake secara rasmi sedang dibangunkan oleh Bloober Team, yang kini sedang bekerja keras untuk mengemas kini game klasik tersebut untuk memastikan pengalaman yang lebih seronok apabila ia dikeluarkan. Dengan mengembalikan suasana yang membuatkan francais ini dihargai oleh peminat merupakan satu sabaran, namun mereka sedar tetapi tetap mahu mencabar diri.

Silent Hill pertama kali dikeluarkan secara eksklusif di PlayStation pada tahun 1999, diikuti dengan Silent Hill 2 pada tahun 2001 di PlayStation 2 dan pembuatan remake Silent Hill 2 diumumkan sebagai keluaran eksklusif PS5. Silent Hill 2 sering diingati kerana terdapat adegan di mana protagonis, James Sunderland, berjumpa dengan raksasa yang dikenali sebagai Pyramid Head yang menyerang patung manakala James bersembunyi di dalam almari dan menembak pistolnya.

Sesetengah pemain percaya bahawa adegan itu menunjukkan aksi rogol. Maka pengarah seni game ini, Masahiro Ito, membuat kenyataan melalui Twitter beberapa tahun lalu untuk mempertikaikan pendapat tersebut. Dia menjelaskan bahawa adegan itu bertujuan untuk mempamerkan konflik dalaman yang James takut untuk hadapi pada waktu itu, walaupun dia mengaku bahawa adegan itu seolah-olah mempunyai unsur “seksual”.

Menurut sumber, ketua pegawai pemasaran Bloober Team, Anna Jasińska, berjanji bahawa studio akan memberi tumpuan untuk mengembalikan “suasana mendalam yang berbeza” yang dipercayai oleh peminat bahawa Silent Hill 2 adalah game seram PS2 terbaik.

Dia menekankan hasrat pasukan untuk “berpegang teguh kepada cerita original”, yang mungkin termasuk unsur-unsur seram yang tidak dapat dilupakan dengan Pyramid Head. Kita akan dapat lihat apa yang dimaksudkan oleh Anna di masa akan datang selepas Silent Hill 2 Remake siap.

Niat artistik dan respons pemain tidak akan sama. Masahiro Ito menafikan satu teori popular daripada peminat yang mencadangkan protagonis Silent Hill 2 memandang terus ke arah pemain semasa adegan terkenal dengan cermin, contohnya. Walau bagaimanapun, penjelasan beliau tidak semestinya pemain akan bersetuju.

Silent Hill 2 Ramake telah dibangunkan sejak 2019 apabila Boolber Team mempersembahkan konsepnya di Tokyo Game Show. Banyak pembangun ini mendapatkan peluang untuk membuat semula game ini, tetapi Konami telah memilih Bloober Team. Walaupun mereka tahu ini akan memberi tekanan yang tinggi, mereka bertekad untuk melakukan yang terbaik seperti game original.

Kami pasti ramai antara anda tidak sabar untuk bermainnya nanti. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Silent Hill daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bloober Teamkonamisilent hillSilent Hill 2 Remake
Previous Post

Danmachi Mendapat Game Mobile Terbaru! Akan Tersedia Musim Bunga Tahun Ini!

Next Post

Overwatch 2 umum Battle for Olympus, mode free-for-all untuk bukti pemain terhebat!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Overwatch 2 umum Battle for Olympus, mode free-for-all untuk bukti pemain terhebat!

Overwatch 2 umum Battle for Olympus, mode free-for-all untuk bukti pemain terhebat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd