Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SIEG Games umum Project MBR – game aksi mecha shooter untuk PS5 & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 8, 2023
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, Shooter
0 0
0
SIEG Games umum Project MBR – game aksi mecha shooter untuk PS5 & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, pemaju SIEG Games (Loop8: Summer of Gods) telah mengumumkan Project MBR, sebuah ‘multiplayer mech action shooter’ untuk PS5 dan PC. Dirancang untuk keluar April 2024, versi beta akan dilancarkan dahulu pada Julai 2023 untuk pemain cuba.

Daripada segi gameplay, Project MBR (nama tentatif) menggunakan konsep mecha shooter di mana pemain boleh customize robot mereka sendiri lalu membawanya untuk bertarung dengan pemain lain. Setiap robot/mecha pun memiliki bentuk transformasi unik masing-masing, seperti ‘tank form, flight form, dan turret form” tetapi setiap satu ada kelebihan dan kelemahan sendiri.

Bukan sekadar menembak sahaja, game ini memerlukan kemahiran taktik berpasukan. Di medan perang, terdapat pangkalan seperti fasiliti radar dan artileri. Bergantung pada pihak anda (harus mempertahankan atau musnah), sumber-sumer ini adalah kunci kemenangan. Jika keliru, setiap robot disertakan dengan dron yang memberi arahan mengikut situasi, lantas mencadangkan idea untuk pemain menuju ke arah kemenangan.

Itulah gameplay umum secara keseluruhan.

Pada masa yang sama, pihak pemaju mengesahkan bahawa game ini tidak akan menggunakan model ‘loot box’ atau ‘pay-2-win’ – jadi tiada cara mudah untuk menjadi kuat, semua pemain harus berusaha sama-sama.

Semalam, sebuah kempen Kickstarter diadakan untuk membantu mengumpul dana bagi pembangunan game ini. Berikut adalah sasaran mereka:

  • ¥25,000,000
    • Menjalankan ujian beta tertutup (kompetitif)
    • Penterjemahan dalam Bahasa Inggeris dan Jepun
    • Keluaran Early Access di Steam
  • ¥50,000,000
    • Tambahan versi PS5 (jualan pakej)
  • ¥75,000,000
    • Penambahan pesawat baharu oleh pelukis terkenal
  • ¥100,000,000
    • Penambahan medan perang baharu (peta)
  • ¥200,000,000
    • Tambahan mode senario (kempen single-player)

“Project MBR ialah cetusan idea daripada pencipta genre mecha paling dihormati, termasuk Ryuji Inomata (GunGriffon), Koichi Inoue (Armored Trooper Votoms, Mobile Suit Gundam MS IGLOO, dan Noriyuki Iwadare (siri Grandia dan Lunar).

Kami telah mengumpulkan pasukan impian yang komited untuk menolak konsep mech shooter lebih jauh tanpa menjejaskan dan mengecewakan komuniti kami dalam proses.

Kami tidak sabar untuk menghidupkan alam semesta ini melalui sokongan anda, dan berharap dapat bekerja bersama anda semasa Project MBR dilancarkan.”

kata Yoichi Miyaji, Ketua Pegawai Eksekutif di SIEG Games.

Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!

Jom join giveaway PS5, kena ambik gambar kat Lot 10 bersama dengan Spider-Man 2 Art Installation je! Arahan lebih lanjut ada dalam video!#ps5 #playstation5 #playstation #ps5malaysia #LiveFromPS5MY #GamerSantaiPS5 pic.twitter.com/MFgeWyBAr7

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) March 6, 2023
Tags: mechaPCProject MBRps5Shooter
Previous Post

“Banyak Ulang Musim 2” — Ramai Penonton Demon Slayer Tidak Puas Hati Dengan Tayangan Swordsmith Village!

Next Post

Resident Evil 4 Interview — Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Watak dan Sistem Parry

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Resident Evil 4 Interview — Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Watak dan Sistem Parry

Resident Evil 4 Interview -- Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Watak dan Sistem Parry

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd