Baru sahaja selesai dengan acara PUBG MOBILE CLUB OPEN (PMCO) Spring Split 2019 Julai lalu dan menyaksikan TOP Esports berjaya membawa pulang gelaran juara, membawa pulang $180,000 USD (anggaran MYR 741,510.00), piala pertama PMCO Global Final 2019 dan BAPE x PUBG MOBILE champion outfits.
Siapa sangka acara selama lebih dari tiga bulan PMCO Spring Global 2019 akhirnya menutup tirai dengan pencapaian yang membanggakan. Lebih 35,000 pasukan dari 10 kawasan negara terpilih menjadi wakil top 16 pasukan hingga ke grand final. Paling menarik acara ini mendapat tontonan siaran lansung yang mencecah sehingga 247 juta penonton!
Sebagai tambahan didalam acara dari PUBG Mobile, mereka turut bekerjasama dengan influencer sosial media, artis dan atlet professional NBA. Bukan itu sahaja, DJ Alan Walker sekali lagi turut sekali lagi berkerjasama bersama PUBG Mobile untuk lagu kedua yang diberi nama ‘Live Fast’.
Selepas kehadiran PMCO Spring Split ini, kini PUBG Mobile sekali lagi membuka pendaftaran untuk PMCO Fall Split 2019 yang telah bermula dari 8 Ogos hingga 22 Ogos 2019. PMCO Fall Split ini akan melibatkan 10 kawasan iaitu Asia Tenggara, China, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Jepun, MENA, Korea dan kawasan Wildcard (Negara-negara yang tidak termasuk dalam mana-mana wilayah yang disebutkan di atas telah dimasukkan ke dalam Kawasan Wildcard).
Antara perubahan dari acara lalu, kawasan Timur Tengah kini telah dimasukan ke dalam rantau MENA dimana ianya juga akan meliputi negara-negara di Afrika Selatan.
Perlu beri perhatian untuk pemain dari negara di ASIA seperti Malaysia, China, Jepun, Korea, Indonesia, Thailand dan Vietnam agar TIDAK MENDAFTAR untuk seketika waktu terutama negara kita sendiri Malaysia, juga Thailand dan Vietnam yang telah pun mendapat wakil dari acara PUBG Mobile negara (PMNC 2019 untuk Malaysia).
Pasukan boleh mendaftarkan dengan empat pemain dan satu pemain gantian, tetapi sekurang-kurangnya tiga pemain mesti berada di rantau yang sama. Pautan pendaftaran boleh didapati disini.
Selepas pendaftaran ini berakhir, pasukan yang mendaftar akan bermain di pusingan kelayakan antara 29 Ogos dan 8 September. Pasukan teratas akan layak untuk peringkat kumpulan antara 24 September dan 29 September bagi kawasan mereka. Jika format yang sama seperti Spring Split yang lalu diikuti kali ini, 32 pasukan akan bermain dalam peringkat kumpulan. Akhirnya, 16 pasukan terbaik dari setiap rantau akan bermain di peringkat daerah yang akan mempunyai acara langsung untuk sesetengah wilayah. Pertandingan akhir ini akan diadakan antara 12 Oktober dan 3 November, dengan pasukan teratas memajukan ke Final Global pada Disember 2019.
@gamersantaimy
Discussion about this post